Wednesday, April 23, 2014

Fasa B : Kenalpasti Jenis Perniagaan dan Dimana?

Index Fasa
Fasa A : Pengenalan serta Persediaan Bakal Usahawan  (Done)
Fasa B : Kenalpasti Jenis Perniagaan dan Dimana?
Fasa C : Modal serta Plan Perniagaan
Fasa D : Penyediaan Sistem "Networking'
Fasa E : Penyediaan Sistem "Logistic"
Fasa F : Permulaan Berhubung Dengan Pembekal atau Pengilang
Fasa G : Cara Negosiasi yang Efektif dengan Pembekal serta Pengilang
Fasa H : Membuat keputusan untuk membeli
Fasa I  : Membawa masuk Barangan ke Malaysia
Fasa J : Memasarkan Barangan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fasa B : Kenalpasti Jenis Perniagaan dan Dimana?


Untuk seseorang usahawan berjaya di dalam bidang perniagaan yang diceburi, bebrapa faktor harus dikenalpasti pada diri mereka. faktor-faktor tersebut sedikit sebanyak memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan kesinambungan perniagaan mereka. Antara aspek yang perlu adalah:


Kenali Keupayaan Diri (K)

Kita sendiri harus tahu setakat manakah kita mampu untuk pergi. Aspek motivasi kendiri perlu ada bagi sentiasa menembah kelajuan momentum keyakinan diri seseorang usahawan. Jika kita dapati diri kita kurang memiliki motivasi kendiri, apa yang perlu kita lakukan adalah mencari sesuatu perkara yang boleh memberikan kita suntikan motivasi tersebut. Dalam ketidakupayaan diri, kita perlukan sokongan (SUPPORT) dari pihak ketiga contohnya isteri serta anak-anak kita. Dari itu kita harus membina diri kita untuk lebih berupaya mengharungi cabaran serta rintangan di dalam bidang perniagaan ini. 

Ilmu Pengetahuan (I)

Aspek kedua memerlukan kita memahami cabang ilmu yang kita telah miliki serta mengetahui kesesuian ilmu tersebut dengan bidang yang kita sedang ceburi. Jika kurang sesuai, kita haruslah cuba lengkapkan diri dengan ilmu tersebut. Kaedah mencari ilmu ada banyak cara. Yang paling mudah sekali adalah dengan cara berbincang dengan orang-orang yang telah berjaya atau kita tahu dia tahu tenatang sesuatu yang sedang kita ceburi. Pembelajaran secara tidak langsung. Dalam pada zaman yang penuh dengan kemodenan ini, sumber ilmu dari youtube serta internet adalah amat mudah untuk kita pelajari. Cari dengar serta lihat. jika ada kemusykilan, boleh bertanya kepada pihak yang tahu.  Kita sendiri perlu ada rasa rendah diri untuk berjaya. Sentiasa rasa dahagakan ilmu. 

Skill Serta Minat Yang Dimiliki (S)

Menjalankan sesuatu perniagaan yang kita minat adalah lebih baik daripada kita masuki bidang yang kita sendiri tidak ada hati untuk mulakan. Sebagai contoh, perniagaan Basikal , jika usahawan sendiri mempunyai minat di dalam bidang basikal tersebut, dia akan lebih memberi tumpuan pada perniagaannya. Dia juga akan lebih kreatif memikirkan bagiaman varanya untuk mengembangkan perniagaanya serta mempertajamkan skill dalam bidang basikal tersebut. 

Matematik Kesesuian Jenis Perniagaan

K+I+S = Bidang Perniagaan yang berseuian denagn Usahawan.



Jadi nilailah diri kita dulu sebelum kita pilih apa yang kita mahu untuk perniagaan kita. Peluang telah terhidang dengan luas sekali. Adalah menjadi keutamaan bagi kita untuk keluarkan potensi diri kita sebagai satu titik permulaan yang ampuh bagi kita langkah ke tahap yang seterusnya.


Lokasi

Dalam dunia sekarang yang capaian komunikasinya amat pantas serta jelas, kita tidak mempunyai masalah tentang lokasi. Yang penting adalah bagiamana caranya kita untuk perkenalkan diri kita serta perniagaan kita kepada umum. Tetapi perkara yang penting untuk pilihan lokasi perniagaan adalah:

Populasi Penduduk

Pelanggan kita adalah orang-orang yang ada disekeliling kita. Lagi ramai orang yang ada lagi banayak kemungkinan barangan jualan kita akan dibeli oleh mereka. Dari situ kita boleh membina "Networking" serta cuba untuk keluar dari keselesaan kita menuju pasaran yang lebih besar.

Kemudahan Asas

Seperti yang kita tahu, kemudahan asas seperti jalan raya, tempat letak kerata serta lain-lainnya memainkan peranan yang amat penting untuk memulakan perniagaan. Tetapi setelah dikenali, usahawan perlu membina kemudahan sendiri untuk menarik lebih ramai pelanggan. Menjadi lain dari yang biasa. 

Kos Sewaan & Keluasan Premis

Kos sewaan serta keluasan premis juga menjadi aspek yang perlu dititikberatkan jika kita perlu mempunyai sebuah premis perniagaan. Lihat kembali kepada sumber modal yang boleh di gunakan untuk tujuan tersebut. jika kita berasa yakin dengan pelaburan tersebut, kita boleh teruskan. Jika tidak  kita boleh memilih untuk tidak berbuat demikian serta cuba ubah cara kita berniaga.

Internet


Perniagaan tanpa internet pada masa ini akan membuatkan perniagan kita ketingalan serta mungkin menangung kos pengiklanan yang amat tinggi. Dalam masa yang sama juga, Internet merupakan tarikan yang dicari oleh pengguna zaman sekarang. 

Suasana


Suasana yang tenang serta aman di kawasan kita berniaga adalah amat penting bagi menarik pelanggan. Selain itu, Pilihan jenis perniagaan juga amat penting mentikberatkan suasana asal sesuatu premis. Contohnya, untuk berniaga alatan sukan, adalah lebih menraik untuk kita pilih kawasan yang berhampiran stadium sebagi contoh. Ini akan membuatkan pelanggan berkongsi perasaan keinginan untuk bersukan seterusnya  membeli barangan sukan dari kita. 

Nilai Kendiri

Perniagaan adalah POLITIK. Untuk kekalkan pelanggan sedia ada, kita haruslah pandai mengambil hati mereka. Usahawan perlu mesra pelanggan serta mengambiltahu tentang mereka. Usahawan juga perlu menjadi kesayangan pelanggan. Cuba bina kepercayaan mereka serta memberi apa yang mereka perlu. Dari itu kita dapat membina sebuah sistem pelanggan tegar untuk perniagaan kita.  

No comments:

Post a Comment