Tuesday, April 15, 2014

Fasa A: Pengenalan Serta Persediaan Bakal Usahawan


Panduan Usahawan Serta Bakal Usahawan Import (Guide for importers and Entrepreneurs)


Index Fasa
Fasa A : Pengenalan serta Persediaan Bakal Usahawan
Fasa B : Kenalpasti Jenis Perniagaan dan Dimana?
Fasa C : Modal serta Plan Perniagaan
Fasa D : Penyediaan Sistem "Networking'
Fasa E : Penyediaan Sistem "Logistic"
Fasa F : Permulaan Berhubung Dengan Pembekal atau Pengilang
Fasa G : Cara Negosiasi yang Efektif dengan Pembekal serta Pengilang
Fasa H : Membuat keputusan untuk membeli
Fasa I  : Membawa masuk Barangan ke Malaysia
Fasa J : Memasarkan Barangan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fasa A : Pengenalan serta Persediaan Bakal Usahawan


Pengenalan

Tujuan perkongsian ilmu asas untuk bakal usahawan import ini adalah untuk membantu mereka-mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini. Dimana, peluang yang terhidang adalah amat luas sekali. Sumber produk boleh didapati dari pelbagai negara seperti China, Vietnam, Kemboja, Thailand, dan negara-negara lain di dunia. Adalah amat penting bagi kita untuk mengetahui apa yang diminta oleh pasaran negara kita serta bagaimanakah untuk kita penuhi permintaan tersebut. Secara lebih lanjut di dalam perkongsian ini, kita akan didedahkan dengan teknik-teknik serta tatacara urus sesebuah perniagaan import. 

Apakah Usahawan Import? Usahawan Import adalah mereka yang menjalankan perniagaan disesuatu tempat dengan membawa masuk barangan daripada tempat lain. Dari segi konteks masa kini, ia melibatkan jalinan antara dua buah atau lebih negara serta banyak melibatkan dokumentasi-dokumentasi antarabangsa. Usahawan Import terbahagi kepada dua kelompok. Iaitu Usahawan Runcit Terus serta Usahawan Borong. Usahawan Runcit terus adalah mereka yang membuat belian daripada pengilang dinegara asal barangan tersebut dikeluarkan tanpa menggunakan khidmat pemborong. Manakala Usahawan Borong pula adalah mereka yang menjalankan perniagaan Import secara besar-besaran daripada sumber asal produck tersebut. 

Kenapa memilih /perniagaan/barangan Import? Secara amnya, kita dapat melihat dinegara kita sendiri yang hampir 70% barangan harian kegunaan kita adalah diimport dari luar. Ini kerana kapasiti pengeluaran negara kita kadangkala tidak dapat memenuhi permintaan bagi sesuatu jenis barangan. Dalam pada itu juga kos untuk pengeluaran sesuatu jenis barangan mungkin amat tinggi dinegara kita berbanding di negara laur seperti China, India, Bangladesh, Vietnam serta Kemboja. Untuk barangan asas seperti beras, gula dana lain-lain, setiap negara ada mengenakan beberapa peraturan yang ketat. Tetapi untuk barangan kelengkapan pula syarat untuk membawa masuk ada sedikit kelonggaran. (Rujuk Undang-Undang KASTAM). Persoalannya, kenapa kita memilih untuk menjalankan perniagaan Import ini? Jawapanya adalah, peluang untuk kita memvariasikan produk untuk pilihan pengguna tempatan adalah amat luas. Contohnya, untuk pasaran pakian, terdapat pelbagai jenis produk pakaian yang tersedia untuk kita terus menju8alnya kepada pelanggan dinegara kita. Untuk membuat serta menjualnya akan memerlukan MODAL pusingan yang amat besar. serta kemahiran yang tinggi untuk mereka serta mengeluarkan produk tersebut. Tetapi, kita boleh mengambil jalan mudah dengan membawa masuk produk-produk tersebut dari negara China contohnya. Kos untuk membeli serta membawa masuk pakaian adalah amat rendah. (DUTI KASTAM 10% dikenakan untuk Pakaian). Dalam pada itu kita juga boleh meminta mereka menyediakan produk tersebut mengikut spesifikasi yang pelanggan kita mahukan.    

Kualaiti barangan yang disediakan mempunyai variasi mengikut permintaan. Kita boleh membuat penilaian sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli produk tersebut atau tidak. Perbincangan yang lebih lanjut akan dibicarakan di dalam Fasa seterusnya perkongsian ini. tentang kualiti barangan, kita boleh mendapatkan barangan yang berkualiti tinggi serta antarabangsa dengan harga yang amat berpatutan jika kita terapkan nilai-nilai pembelian berhemah serta berkomunikasi dengan jelas. 

Bagiamana untuk memulakan? Kadangkala kita merasa yang kita tidak ada kebolehan serta takut untuk memulakan sesuatu. Jalan yang paling baik untuk mengawal perasaan takut serta syakwasangka buruk jika kita mengambil sesuatu keputusan itu adalah dengan mengambil risiko kecil serta tersusun. Maksudnya adalah, apabila kita terfikir untuk membuat sesuatu perkara yang kita tidak tahu apakah risiko yang akan berlaku, kita perlu tahu mengatur strategi berkala. Dimana kita perlu mencari makluamt yang terperinci mengenainya dan mengatur langkah demi langkah untuk mengatasi rasa ketidakpastian tersebut. Strategy "Divided and Conquer" adalah strategy terbaik bagi mereka yang agak tidak yakin untuk memulakan perniagaan ini. Kita sedikit demi sedikit melangkah serta mempelajari apakah yang sedang berlaku. Pembelajaran melalui pengalaman adalah yang ilmu yang terbaik bagi setiap manusia. 

Dimanakah saya perlu tuju? Seperti yang kita bicarakan di atas, negara sepertin China serta negara ASEAN yang lain banyak menawarkan produk-produk untuk kita pilih. Setiap negara ada "killer Product" masing-masing. Ada yang sama tetapi tak serupa, ada yang unik serta ada yang tak pernah kita lihat sebelum ini. Tetapi didalam perkongsian ini kami ingin memfokuskan negara China untuk tujuan referensi serta Model pengeluar yang baik untuk kita fahami.  Di negara China, sektor industri pembuatan serta pengilangan secara besar-besaran telah membuat mereka menjadi sebagai pembekal utama dunia. Inovasi serta rekaan spesifikasi produk mereka juga dapat diterima oleh dunia amnya. Untuk bakal Usahawan, terdapat beberapa tempat tumpuan yang boleh dipilih untuk mereka memulakan langkah. bagi yang pernah mendengar, Guangzhou adalah tempat pilihan utama bagi usahawan untuk mendapatkan bekalan produk mereka. Selain dari Ghuangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Jiangxi, Yiwu dan Nanchang juga merupakan lokasi-lokasi strategik untuk usahawan memulakn pencarian produk. ditempat yang kami nyatakan ini merupakan tempat yang mana usahawan boleh membuat perhiubungan secara terus dengan pembekal serta pengilang di China. Kebanyakan pengilang serta pembekal akan meletakkan wakil penjual mereka di Yiwu Internatrional Wholesales Market, Zhiejiang. Disini kita dapat melihat pelbagai jenis produk barangan yang boleh kita bawa masuk kenegara kita. terdapat lebih 10,000 outlet pelbagai barangan untuk kita lawati serta berkomunikasi. Selain menyediakan pelbagai kemudahan untuk Usawahan, terdapat juga pelbagai kemudahan untuk umat Islam khususnya seperti restoran Halal. 










Persediaan Bakal Usahawan

Untuk permulaan Setiap bakal Usahawan perlu mempunyai beberapa perkara seperti dibawah.

Modal 

Modal boleh merangkumi bebrapa aspek seperti Kesediaan Minda (Right Mindset), Keseungguhan (Willingness/Determination), Kewangan (Financial Ability), Berani (Courage) dan Sokongan Moral (Moral Supports). Sumber kewangan adalah penting, tetapi berapa besar modal adalah tidak menjamin sesebuah kejayaan seseorang Usahawan. Modal kewangan serendah RM500, kita sudah boleh memulakan perniagaan kita. Tetapi memerlukan sokongan daripada aspek-aspek modal yang lain diatas. 


Ilmu

Faktor yang memainkan peranan yang amat besar bagi menjayakan sesuatu perniagaan adalah Ilmu. Untuk secara asasnya, kita memerlukan pemahaman yang agak mendalam tentang saluran ilme seperti Perniagaan, Kewangan (Pengurusan), Pemasaran, Komunikasi dan juga Pemahaman sistem perundanagn negara kita serta negara pengeksport.
Pelan Perniagaan/Model Perniagaan

Setiap Usahawan perlu adalah secara amnya satu "Sketch" Pelan perniagaan atau Model perniagaan. Ini adalah penting untuk mereka kenalpasti apakah produk yang sesuai untuk mereka pilih untuk di bawa masuk.  

Rangkaian Hubungan (Networking)

Untuk sesebuah perniagaan beroperasi secara lebih berkesan, kita perlu mengenalpasti satu sistem "Networking". Ia adalah amat penting untuk kita mempunyai satu perhubungan yang kukuh dengan orang-orang sekeliling kita. kekukuhan sistem ini akan menentukan keberkesanan sesusatu Model perniagaan yang kita jalankan. Hubungan yang asas adalah antara kita dengan pembekal, agensi logistik, dan pembeli. Rantaian ini perlu kukuh serta tidak terputus dimana-mana bahagian pun. Dalam masa yang sama, kita perlu membina rantaian perhubungan lain untuk mengukuhkan lagi rantaian sediaada. 


Inovatif dan Kreatif

Kualiti asas seseotrang Usahawan yang membezakan mereka daripada peniaga biasa adalah ciri Inovasi serta Kreatif yang ada pada diri mereka sendiri. Kebolehan untuk mereka berfikir secara kreatif akan menjadi tanda aras kejayaan sesebuah perniagaan yang mereka ceburi. 

Untuk mereka yang ada keinginan untuk menceburi bidang perniagaan secara amnya, perlulah ada atau mengadakan ciri-ciri tersebut di dalam diri mereka. Dalam masa susah atau senang, ia memang akan menjadi faktor utama yang menyokong keputusan yang bakal kita pilih. 


Asas Kepada Perdagangan 
PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK


KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW

Boleh dibahagi kepada 3 peringkat:

1.Keperluan Fisiologi
Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
a.Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
b.Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal

2.Keperluan Sosial
Ada 2 keperluan pada tahap ini.
a.Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
b.Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

3.Keperluan Rohani
Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiri

PENGELUARAN
Pengeluaran – aktiviti menghasilkan barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
-proses mencipta nilai faedah

NILAI FAEDAH
•Nilai Faedah Bentuk- Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
•Nilai Faedah Masa- Menyimpan barang hingga diperlukan
•Nilai Faedah Milikan- Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
•Nilai Faedah Tempat- Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan

JENIS PENGELUARAN
Pengeluaran Langsung – sara diri
Pengeluaran tak langsung - perlu bantuan pihak lain

CABANG PENGELUARAN
•Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
•Perdagangan
•Khidmat Langsung

FAKTOR PENGELUARAN
•Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
•Buruh – usaha manusia secara fizikal/mental
•Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
•Modal – Harta benda,sumber kewangan

USAHAWAN
Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.

CIRI USAHAWAN:
1.Kreatif – berupaya mencipta
2.Inovatif – boleh mengubah suai
3.Berani menghadapi risiko
4.Berkebolehan mengurus
5.Rajin
6.Yakin
7.Berjimat
8.Tabah
9.Berusaha
10.Bertanggung jawab
11.Berpandangan jauh
12.Bijak merebut peluang
13.Membuat keputusan yang bijak

PERANAN USAHAWAN
1.Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan mencipta barang baru
2.Mewujudkan peluang pekerjaan
3.Meningkatkan taraf hidup
4.Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
5.Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
6.Menggalakkan pertukaran wang asing

BEZA PENIAGA DAN USAHAWAN


SISTEM BARTER
•Aktiviti barang tukar dengan barang
•Tidak gunakan wang atau orang tengah

SYARAT SISTEM BARTER
•Kemahuan serentak
•Ada lebihan barang

MASALAH SISTEM BARTER•Sukar mendapatkan kemahuan serentak
•Sukar tetapkan nilai barang
•Sukar tetapkan kadar pertukaran
•Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
•Barang tidak tahan lama
•Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak

MAKSUD PENGKHUSUSAN•Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
•Bagi memenuhi keperluan dan kehendak

JENIS PENGKHUSUSAN
1.Pengkhususan mengikut profesion
•Kerja berdasarkan pengetahuan – cth: Guru,doktor,polis dll
2.Pengkhususan mengikut proses
•Pembahagian kerja dikilang
•Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
•Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll
3.Pengkhususan mengikut kawasan
•Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
•Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang
4.Pengkhususan antarabangsa
•Perbezaan pengeluaran antara negara
•Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

KELEBIHAN PENGKHUSUSAN
•Meningkatkan pengeluaran
•Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
•Meningkatkan kualiti
•Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
•Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
•Meningkatkan kemahiran
•Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
•Meningkatkan peluang pekerjaan

KEKURANGAN PENGKHUSUSAN 
•Pekerja mudah bosan
•Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
•Tidak kreatif
•Susah berpindah ke pekerjaan lain
•Kos beli mesin mahal
•Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
•Boleh tergendala jika satu proses terhenti
•Kos latih pekerja mahal
•Penggangguran naik kerana banyak guna mesin

No comments:

Post a Comment