Sunday, May 4, 2014

Fasa C : Modal Serta Rancangan Perniagaan

Index Fasa
Fasa A : Pengenalan serta Persediaan Bakal Usahawan  (Done)
Fasa B : Kenalpasti Jenis Perniagaan dan Dimana? (Done)
Fasa C : Modal serta Rancangan Perniagaan
Fasa D : Penyediaan Sistem "Networking'
Fasa E : Penyediaan Sistem "Logistic"
Fasa F : Permulaan Berhubung Dengan Pembekal atau Pengilang
Fasa G : Cara Negosiasi yang Efektif dengan Pembekal serta Pengilang
Fasa H : Membuat keputusan untuk membeli
Fasa I  : Membawa masuk Barangan ke Malaysia
Fasa J : Memasarkan Barangan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Fasa C : Modal serta Rancangan Perniagaan






Modal

Definisi 

Didalam ilmu ekonomi, istilah "capital" (modal) merupakan konsep yang pengertiannya berbeza-beza, berrgantung dari konteks penggunaannya dan aliran pemikiran (school of thought) yang diterima. Secara asalnya konsep modal juga mengalami perubahan/perkembangan. Dalam abad ke-16 dan 17 istilah "capital" dipergunakan untuk : a) stok wang yang akan dipakai untuk membeli komoditi fisikal yang kemudian dijual guna memperoleh keuntungan, b) stok komoditi itu sendiri. Pada waktu itu istilah "stock" dan istilah "capital" sering dipakai secara sinonim. Perdagangan  Inggeris yang didirikan dalam masa itu atas dasar saham misalnya, dikenal sebagai "JoinStock Companies" atau "Capital Stock Companies". 

Adam Smith dalam the Wealth of Nation (1776), juga menggunakan istilah "capital" dan "circulating capital". Pembezaan ini berdasarkan atas kriteria sejauh mana sesuatu unsur modal itu terguna dalam jangka waktu tertentu (misalnya satu tahun). Jika suatu unsur modal itu dalam jangka waktu tertentu hanya diguna sebagian sehingga sebahagian (kecil) nilainya menjadi kurang, maka unsur itu disebut "fixed capital" (contonhnya mesin, bangunan, dan sebagainya). Tetapi jika unsur modal digunakan secara keseluruhan, maka is disebut "circulating capital” (contonhnya tenaga kerja, bahan mentah dan prasarana pembuatan). Pembezaan semacam ini (yang juga masih umum dipergunakan sampai sekarang), mendapat kritikan dari Marx. John Stuart Mill dalam Principle of Political Economy (1848) menggunakan istilah "capital" dengan arti: (1) barangan fisikal yang dipergunakan untuk menghasilkan barang lain, dan (2) suatu dana yang tersedia untuk mengupah buruh. Pada akhir abad ke-19, modal dalam bentuk barangan fisikal yang dipergunakan untuk menghasilkan barang lain, dipandang sebagai salah satu di antara empat faktor utama produksi (tiga lainnya adalah tanah, tenaga kerja dan organisasi atau pentadbiran).


Para ahli ekonomi neo-klasik pun menggunakan pandangan ini (seperti Alfred Marshall dalam Principles of Economies 1890). Sekarang, "modal" sebagai suatu konsep ekonomi dipergunakan dalam konteks yang berbeza-beza. Dalam rumusan yang sederhana, misalnya Mubyarto memberikan definisi: "modal" adalah barangan atau wang, yang bersama-sama faktor pengeluaran tanah dan tenaga kerja menghasilkan barang-barang baru (1973:94). Dalam definisi yang lebih luas, dan dalam tradisi pandangan ekonomi non-Marxian pada umumnya, "modal" merujuk kepada "asset" yang dimiliki seseorang sebagai kekayaan (wealth) yang tidak segera digunakan melainkan, atau disimpan ("saving" adalah "potential capital"), atau dipakai untuk menghasilkan barangan/perkhidmatan baru (pelaburan).

Dengan demikian, modal dapat didapati dalam bentuk barangan dan wang. Tetapi, tidak setiap jumlah wang dapat disebut sebagai modal. Sejumlah wang itu menjadi modal jika ia disimpan atau dilaburkan untuk menjamin adanya suatu "pulangan" (rate of return). Bermakna modal juga merujuk kepada pelaburan itu sendiri dalam bentuk sumber kewangan seperti simpanan Bank, stok barangan, ataupun surat saham yang mencerminkan hak atas asset perniagaan, atau dapat pula berupa prasarana fisikal. Perolehan itu dalam pembayaran bunga, ataupun tuntutan atas sesuatu keuntungan. Modal yang berupa barang (capital goods), mencakupi "durable (fixed) capital" dalam bentuk bangunan kilang, mesin-mesin, peralatan transportasi, kemudahan distribusi, dan barang-barang lainnya yang dipergunakan untuk memproduksi barang/perkhidmatan baru; dan "no-durable" (circulating) capital, dalam bentuk barangan siap ataupun separuh siap yang berada dalam proses untuk diolah menjadi barang siap.

Terdapat pula adanya penggunaan istilah "capital" untuk merujuk kepada pengertian yang lebih khusus, contohnya "social capital" dan "human capital". Istilah yang pertama merujuk kepada jenis modal yang tersedia bagi kepentingan umum, seperti Hospital, Sekolah, jalan raya dan sebagainya; sedangkan istilah yang kedua merujuk kepada faktor manusia produtif yang secara inherent merangkumi faktor kecekapan dan keterampilan manusia. Melanjutkan pendidikan keperingkat yang lebih tinggi misalnya, disebut sebagai suatu pelaburan dalam "human capital". Para ahli ekonomi non-Marxian apapun "School of Thought" yang disokongnya pada umumnya merujuk kepada definisi-definisi di atas, sedangkan Marx menggunakan istilah "capital" untuk merujuk kepada konsep yang sama sekali lain. "Modal" bukanlah barangan, melainkan hubungan (produksi) sosial yang menampakkan diri sebagai barang.

Memang, berbicara tentang modal berarti berbicara tentang "bagaimana membuat wang", tetapi asset yang "membuat" wang itu mewadahi hubungan khusus antara si pemilik dengan yang bukan pemilik sedemikian rupa sehingga bukan saja wang "dibuat", tetapi juga hubungan-hubungan pemilikan peribadi yang melahirkan proses tersebut secara terus-menerus terlestarikan. Dengan demikian, "capital" adalah suatu konsep abstrak yang manifestasinya adalah berupa barangan ataupun wang. Oleh itu, ia merupakan kategori yang kompleks, yang tidak cukup diterangkan hanya dengan satu definisi. 

Sumber

   Modal sendiri
Merujuk kepada modal usahawan dan rakan kongsi perniagaan yang disumbangkan kepada perniagaan.  Modal sendiri ini meliputi wang tunai dan aset-aset yang lain.

·      Pinjaman
Merujuk kepada pinjaman berpenggal yang dibuat dengan institusi kewangan ataupun pinjaman jangka pendek yang ditawarkan oleh pembekal atau pihak institusi kewangan yang tertentu.

·      Sewabeli
Merujuk kepada pembiayaan untuk pembelian aset-aset tetap perniagaan seperti kenderaan, mesin, peralatan-peralatan pejabat dan perabot.  Jumlah pembiayaan kebiasaannya pada tahap 80 peratus dari nilai aset berkenaan.  Bakinya perlu diserap dalam modal tunai sebagai bayaran muka pembiayaan aset tersebut.




Rancangan Perniagaan
(Sumber : keusahawanan.com)

Untuk bab ini, kami akan membantu anda untuk mengetahui cara yang sesuai untuk menyediakan satu Rancangan Perniagaan yang baik serta jelas. 


DAFTAR KANDUNGAN


HALAMAN TAJUK
i

PERAKUAN PENULIS
ii

PENGHARGAAN
iii

DAFTAR KANDUNGAN
iv

SENARAI RAJAH
v

SENARAI JADUAL
vi



1.
PENGENALAN


1.1
Logo
1

1.2
Pengenalan
1

1.3
Tujuan Rancangan Perniagaan
1




2.
LATAR BELAKANG PROJEK


2.1
Latar Belakang Perniagaan
2

2.2
Latar Belakang Pemilik
3




3.
RINGKASAN EKSEKUTIF
4



4.
ANALISIS INDUSTRI


4.1
Persaingan
5

4.2
Pesaing Utama
6

4.3
Pemimpin Industri
6

4.4
Tingkat Jualan
6

4.5
Produk Tandingan
6

4.6
Harga
6




5.
DESKRIPSI PERNIAGAAN

7
6.
RANCANGAN PENGELUARAN


6.1
Produk
9

6.2
Proses Pengeluaran
9

6.3
Carta Aliran Proses
10

6.4
Operasi Pengeluaran
11

6.5
Lokasi
13

6.6
Bahan Mentah
14

6.7
Tenaga Tenaga Manusia
15

6.8
Anggaran Perbelanjaan Operasi / Pengeluaran
16




7.
RANCANGAN PEMASARAN


7.1
Target Jualan
17

7.2
Strategi Pemasaran
19

7.3
Sumber Tenaga Manusia
20

7.4
Anggaran Perbelanjaan Pemasaran
21




8.
RANCANGAN ORGANISASI


8.1
Pengenalan
22

8.2
Matlamat Organisasi
23

8.3
Struktur dan Perancangan Organisasi
23

8.4
Carta Organisasi
23

8.5
Sumber atenaga Manusia
24

8.6
Keperluan Pejabat
25

8.7
Anggaran Perbelanjaan Organisasi
25
9.
RANCANGAN KEWANGAN


9.1
Kos Projek
26

9.2
Sumber Pembiayaan
26

9.3
Jadual Pembayaran Balik & Susut Nilai
27

9.4
Proforma Penyata Kewangan
28




10
PENUTUP
34




LAMPIRAN
q  Borang pendaftaran perniagaan
q  Borang permohonan lesen
q  Borang permohonan permit perniagaan
q  Laporan kajian persekitaran perniagaan
q  Keratan akhbar dan bahan rujukan dari buku, majalah dan lain-lain.
q  Bahan rujukan dari internet
q  Gambar
q  Lain-lain yang berkaitan





BIBLIOGRAFI




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



BAHAGIAN 1 :


PENGENALAN

1.1     Logo

q  Logo
q  Nama Perniagaan
q  Nama Usahawan


1.2     Pendahuluan

Bahagian ini memberikan gambaran ringkas dan spesifikasi berkenaan aktiviti perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan.

q  Jenis perniagaan yang diceburi
q  Nama dan lokasi / alamat perniagaan.
q  Tarikh perniagaan akan beroperasi
q  Tren pasaran yang menjustifikasikan projek yang dirancang


1.3     Tujuan RP

Menyatakan dengan spesifik sebab RP  disediakan.  Antaranya ialah seperti berikut :-

q  Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau berkaitan, nyatakan amaun dari institusi kewangan berkaitan.

q  Merancang perlaksanaan projek baru.

q  Dijadikan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan.

q  Menilai daya maju projek yang dicadangkan dan sebagainya.




BAHAGIAN 2 :


LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


2.1     Latar Belakang Perniagaan

Membentangkan maklumat-maklumat perniagaan yang dirancangkan

q  Alamat

Nyatakan alamat perniagaan dan alamat surat menyurat


q  Bentuk Perniagaan
Nyatakan perniagaan berbentuk  perseorangan atau perkongsian.

q  Tarikh dan No. Pendaftaran
Hanya untuk perniagaan yang telah didaftarkan.  Jika belum berdaftar, nyatakan dalam proses pendaftaran.

q  Modal Permulaan
Merupakan jumlah modal yang dilaburkan oleh usahawan ke dalam perniagaan.

q  Bank
Nyatakan bank di mana perniagaan mempunyai akaun.



2.2     Latar Belakang Pemilik Dan Rakan Kongsi

Menyediakan maklumat-maklumat pemilik atau pemilik-pemilik perniagaan dan perlu disediakan untuk setiap rakan kongsi.

-  Nama Penuh                                    -  Taraf Perkahwinan 
-  No. Kad Pengenalan                       -  Kelulusan Akademik
-  Tarikh Lahir                                      -  Kursus yang Pernah Dihadiri
-  Umur                                                -  Kemahiran
-  Jantina                                             -  Pengalaman
-  Alamat Tatap                                   -  Pekerjaan sekarang
-  No. Telefon                                      -  Perniagaan lain yang diceburi



BAHAGIAN 3 :

RINGKASAN EKSEKUTIF

Penulisan ringkasan eksekutif perlu  berperenggan.  Namun begitu ia hendaklah  ringkas, padat, jelas dan menarik.

Ia juga mestilah mudah dibaca dan difahami bagi mendapatkan perhatian dan meyakinkan pelbagai pihak terhadap keseluruhan terhadap rancangan perniagaan.

Butir-butir yang perlu dinyatakan :-

q  Tujuan
Menetapkan tujuan yang hendak dicapai dan dinyatakan dengan jelas dan sesuai dengan kemampuan atau kebolehan usahawan.

q  Definisi perniagaan
Menjelaskan perniagaan dan sasaran pasaran bagi perkhidmatan.  Penerangan juga perlu menunjukkan kelebihan produk berbanding pesaing serta pentingnya produk ini dalam pasaran.

q  Pandangan menyeluruh
Menonjolkan kekuatan dan kemungkinan untuk terus wujud dalam pasaran dengan menyatakan kejayaan-kejayaan lepas yang pernah dicapai dan boleh membantu meningkatkan imej perniagaan.

q  Keperluan kewangan
Menjelaskan sumber kewangan yang diperoleh serta menyatakan ramalan kewangan untuk tiga tahun pertama beroperasi, pelaburan yang akan dibuat dan pinjaman jangka panjang untuk perkembangan perniagaan.

q  Pertumbuhan
Menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan perlaksanaan rancangan perniagaan berjalan lancar. Penjelasan perancangan strategik dan aktiviti-aktiviti perniagaan akan memberi jaminan pulangan  ke atas pelaburan yang telah dilakukan.


BAHAGIAN 4 :

ANALISIS INDUSTRI

Menggambarkan persekitaran industri perniagaan yang diceburi dengan mengenalpasti ciri-ciri berikut : 

4.1     Persaingan
Siapa pesaing yang akan dihadapi dan buat analisis terhadap pesaing dari segi kekuatan produk, syer pasaran yang dimiliki dan strategi promosi yang digunakan.

4.2     Pesaing Utama
Buat analisis tentang pesaing utama kepada perniagaan dan kenalpasti sama ada produk yang dikeluarkan oleh pesaing utama mempunyai ciri persamaan atau sebagai produk pengganti

4.3     Pemimpin Industri
Siapa  pesaing yang mengawal syer pasaran yang paling besar dan bagaimanakah ia mendahului pesaing lain dari segi harga, penawaran produk baru dan kepelbagaian ciri produk, cakupan agiahn pasaran dan kesungguhan dalam promosi produk.

4.4     Tingkat Jualan
Menentukan kuantiti perkhidmatan  yang akan dikeluarkan, menyatakan syer pasaran yang dijangka kan diperolehi serta buat ramalan kuantiti jualan 1 tahun.

4.5     Produk Tandingan
Memastikan perkhidmatan sesuai dengan keperluan semasa dan mempunyai kelebihan berbanding pesaing.

4.6     Harga

Menganalisis strategi harga pesaing  samada harga tinggi @ harga rendah. Menetapkan strategi harga seunit perkhidmatan serta menyatakan matlamat penentuan harga dari segi aras keuntungan (markup & margin), peratus syer pasaran dan jumlah nilai jualan.

BAHAGIAN 5:

DESKRIPSI PERNIAGAAN

Menyatakan jenis produk, cara dan jumlah yang akan dikeluarkan oleh organisasi, liputan serta syer pasaran yang dijangkakan.

Produk yang dikeluarkan mestilah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak pengguna, berkualiti dan dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

Perkara-perkara yang perlu dijelaskan :-

q  Produk yang sedang dipasarkan atau yang dirancang untuk dipasarkan.

q  Anggaran harga seunit setiap produk.

q  Anggaran kuantiti dikeluarkan sebulan dan anggaran jumlah jualan sebulan.

q  Kebaikan produk, kegunaan, spesifikasi, pembungkusan, reka bentuk, keistimewaan dan faedah yang boleh diperolehi oleh pelanggan.

q  Perlindungan undang-undang untuk setiap produk.

q  Kelulusan daripada pihak-pihak tertentu sama ada telah diperolehi atau tidak untuk menjual produk tersebut.

BAHAGIAN 6 :

RANCANGAN OPERASI / PENGELUARAN

6.1     Produk
Nyatakan hasil operasi / pengeluaran atau jam operasi perkhidmatan mengikut kesesuaian projek.  Anggaran pengeluaran perlu selaras dengan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

6.2     Proses Operasi / Pengeluaran
Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran atau penyediaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan.

6.3     Carta Aliran Proses
Persembahkan proses operasi / pengeluaran di dalam bentuk Carta Aliran Proses (Carta Skematik)

6.4     Operasi Pengeluaran
Menyatakan teknik pengeluaran yang digunakan sama ada secara  manual atau menggunakan teknologi terkini.

Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran / operasi perniagaan.  Nyatakan
·           Jenis dan model
·           Kegunaan dan kapasiti
·           Harga seunit
·           pembekal mesin dan peralatan berkenaan.
Lukiskan susun atur ruang operasi perniagaan dengan menyatakan faktor-faktor utama yang diambilkira.  Sesuaikan susun atur ruang operasi dengan keperluan perniagaan dan sertakan pelan susunatur berkenaan.

6.5     Lokasi
Jika pejabat pentadbiran dan kilang atau tapak operasi berada di lokasi yang berlainan, nyatakan di sini lokasi kilang atau perniagaan beroperasi.

6.6     Bahan Mentah
Senaraikan bahan mentah atau barangniaga yang diperlukan.  Senarai ini perlu dilengkapkan dengan harga belian bahan berkenaan.  Nyatakan juga kalau belian dibuat secara kredit atau tunai.

Jumlah stok simpanan boleh dinyatakan sebahagian daripada pembelian bulanan atau sebagai sebahagian daripada jumlah belian setahun.

6.7     Sumber Tenaga Manusia
6.7.1      Jawatan dan Bilangan Pekerja
Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pengeluaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.

6.7.2      Spesifikasi Tugas
Huraian Tugas- nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan  yang dinyatakan

6.7.3      Imbuhan Gaji dan Ganjaran
Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerja termasuk caruman KWSP dn PERKESO yang berkaitan.

6.8     Anggaran Perbelanjaan Operasi / Pengeluaran

Kenalpasti kos pengeluaran yang terlibat dalan rancangan operasi dan jumlahkan mengikut kategori-kategori berikut :-

·           Kos Overhead
·           Perbelanjaan Aset Tetap
·           Perbelanjaan Bulanan
·           Lain-lain Perbelanjaan

BAHAGIAN 7 :

RANCANGAN PEMASARAN


7.1      Target jualan

7.1.1      Sasaran Pasaran
Nyatakan profil pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih.  Kenalpasti dan wujudkan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen pasaran di kawasan berkenaan

7.1.2      Saiz Pasaran
Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan atau kerdua-duanya sekali.  Ini merupakan langkah pertama dapat menganggarkan ramalan jualan

7.1.3      Pesaing
Senaraikan pesaing yang wujud dalam kawasan pasaran.  Sekiranya mempunyai ramai pesaing, senaraikan yang perlu. Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang telah dikenalpasti

7.1.4      Syer Pasaran
Dengan mengambilkira saiz pasaran, pesaing-pesaing yang ada, nyatakan pembahagian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan

7.1.5      Ramalan Jualan
Sediakan pelunjuran bulanan untuk tahun pertama dan seterusnya anggaran ramalan jualan tahunan untuk tahun kedua dan ketiga.


7.2     Strategi Pemasaran

Huraikan secara ringkas strategi yang akan dilaksanakan bagi aspek-aspek berikut :-

7.2.1         Strategi Produk
Bentuk barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan (rekabentuk @ jaminan serta perkhidmatan selepas jualan). 

7.2.2        Strategi Promosi
q   jenis promosi yang dipilih dan keberkesanannya
q   keluasan pasaran
q   sasaran pelanggan
q   media
q   kos

7.2.1        Strategi Harga
q   jadi peneraju harga untuk rebut peluang pasaran
q   harga pesaing
q  harga terendah
q  harga tinggi
q  perlu berpatutan
q  mencerminkan pasaran

7.2.2        Agihan
q   jenis saluran agihan dan keberkesanan
q  jaminan produk sampai pada masa

7.3    Sumber Tenaga Manusia
7.3 .1     Jawatan dan Bilangan Pekerja
Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pemasaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan tersebut.

7.3 .2     Spesifikasi Tugas

Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan  yang dinyatakan

7.3 .3     Imbuhan Gaji dan Ganjaran

Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.

7.4      Anggaran Perbelanjaan Pemasaran
Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan pemasaran yang terlibat di dalam Rancangan Pemasaran mengikut kategori-kategori berikut

q  Perbelanjaan aset tetap / modal
q  Perbelanjaan bulanan
q  Lain-lain perbelanjaan


BAHAGIAN 8 :

RANCANGAN ORGANISASI

8.1     Pengenalan

Menerangkan alamat penuh serta meukis pelan lokasi ringkas yang menunjukkan jalan-jalan utama, bangunan-bangunan berhampiran yang utama serta tapak perniagaan.

Jelaskan juga bentuk bangunan yang dipilih iaitu dari jenis rumah kedai, bangunan kilang, ruang di dalam kompleks membeli belah, bengkel dan sebagainya.

Nyatakan samada premis perniagaan disewa, dibeli atau dibina.  Jelaskan juga kemudahan infreastruktur yang ada seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya.


8.2     Matlamat dan Strategi Organisasi

Menyatakan matlamat organisasi dengan jelas.  Cth : meningkatkan jumlah jualan, jumlah keuntungan dsbnya.

Menjelaskan strategi yang dibentuk / pendekatan yang sistematik untuk mencapai matlamat tersebut.

8.3     Struktur dan Perancangan Organisasi

 Menjelaskan tenaga penggerak utama organisasi, pengalaman, kelulusan, tugas dan tanggungjawab merekabentuk aktiviti yang dijalankan dan pelaksanaan aktiviti peniagaan yang dirancang.

Jelaskan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap organisasi serta pendekatan / kaedah dan faktor-faktor yang boleh membawa kejayaan.

8.4     Carta organisasi

Lukis dan jelaskan secara ringkas carta organisasi yang dirancangkan.


8.5     Sumber Tenaga Manusia

8.5 .1    Jawatan dan Bilangan Pekerja
Nyatakan jawatan yang wujud dalam pentadbiran perniagaan dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.

8.5.2    Spesifikasi Tugas
Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan.

8.5 .3    Imbuhan Gaji dan Ganjaran
Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan serta pekerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.

8.6     Keperluan Pejabat
Nyatakan keperluan pejabat pentadbiran perniagaan :-
q  Perabot
q  Peralatan dan kelengkapan pejabat
q  Bekalan pejabat.

8.7     Anggaran Perbelanjaan Organisasi / Pentadbiran
Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat di dalam organisasi perniagaan mengikut kategori berikut :-
q  Perbelanjaan aset tetap
q  Perbelanjaan bulanan
q  Lain-lain perbelanjaan

BAHAGIAN 9 :

RANCANGAN KEWANGAN

9.1     Kos Perlaksanaan  Projek

·      Pelaburan Aset Tetap
Merujuk kepada perbelanjaan harta yang diperlukan termasuk semua aset tetap yang dibeli dengan tunai, sewabeli atau pinjaman.  Nyatakan harga belian aset-aset

·      Modal Pusingan
Merujuk kepada kpeperluan jangka pendek perniagaan bagi membolehkan perniagaan beroperasi dengan licin.  Modal pusingan merangkumi keperluan jangka pendek perbelanjaan organisasi, pemasaran dan operasi / pengeluaran.

·      Lain-lain Perbelanjaan
Merujuk kepada lain-lain perbelanjaan yang perlu dibuat untuk membolehkan perniagaan atau projek dilaksanakan.  Contoh lain-lain perbelanjaan ialah seperti bayaran deposit, pendaftaran perniagaan, kursus-kursus yang perlu dihadiri dan lesen-lesen tertentu yang perlu dibayar.

·      Perbelanjaan Luar jangka
Merupakan sejumlah wang tambahan yang diperuntukkan untuk melaksanakan projek atau perniagaan yang dirancang.  Kebiasaannya jumlah yang diperuntukkan ialah sebanyak 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan kos.

9.2     Sumber Pembiayaan

·      Modal sendiri
Merujuk kepada modal usahawan dan rakan kongsi perniagaan yang disumbangkan kepada perniagaan.  Modal sendiri ini meliputi wang tunai dan aset-aset yang lain.

·      Pinjaman
Merujuk kepada pinjaman berpenggal yang dibuat dengan institusi kewangan ataupun pinjaman jangka pendek yang ditawarkan oleh pembekal atau pihak institusi kewangan yang tertentu.

·      Sewabeli
Merujuk kepada pembiayaan untuk pembelian aset-aset tetap perniagaan seperti kenderaan, mesin, peralatan-peralatan pejabat dan perabot.  Jumlah pembiayaan kebiasaannya pada tahap 80 peratus dari nilai aset berkenaan.  Bakinya perlu diserap dalam modal tunai sebagai bayaran muka pembiayaan aset tersebut.

9.3     Jadual-Jadual Bayaran Balik dan Susut Nilai

9.3.1        Jadual Bayaran Balik Pinjaman
Jadual ini disediakan  untuk merancang amaun yang perlu dibayar balik oleh usahawan atas pinjaman yang dibuat.

9.3.2      Jadual Bayaran Balik Sewa Beli
Jadual ini disedia untuk merancang amaun bayaran balik sewa beli yang perlu dibuat oleh usahawan terhadap kemudahan yang diperolehi.

9.3.3      Jadual Susutnilai Aset Tetap
Jadual perlu disediakan bagi kesemua aset tetap milik perniagaan, sama ada yang disumbangkan atau yang dibeli secara sewabeli atau pinjaman.


9.4     Proforma Penyata Kewangan (tempoh perakaunan 1 tahun)

Proforma bermaksud ramalan atau jangkaan.

9.4.1      Proforma Penyata Aliran Tunai (12 bulan)
Penyata aliran wang tunai disediakan untuk tempoh 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan.  Seterusnya aliran wang tunai secara tahunan disediakan bagi tahun kedua dan ketiga.

9.4.2      Proforma Penyata Pengeluaran
Penyata ini disediakan bagi perniagaan dalam bidang pengeluaran atau pengilangan sahaja.  kOs pengeluaran yang diperolehi dipindahkan ke Penyata Perdagangan untuk pengiraan Untng Kasar.  Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3.

9.4.3      Proforma Penyata Perdagangan
Penyata Perdagangan disediakan bagi perniagaan dalam bidang pembuatan dan perdagangan.  Untung kasar yang diperolehi seterusnya dipindahkan ke Penyata Untung dan Rugi.  Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3.

9.4.4      Proforma Penyata Pendapatan
Penyata Pendapatan disediakan bagi perniagaan dalam semua bidang iaitu pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan.  Untung Bersih yang diperolehi merupakan untung bersih sebelum cukai.  Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1, 2  dan 3.

9.4.5      Proforma Penyata Kunci Kira-kira
Penyata Kunci Kira-Kira disediakan untuk menunjukkan aset-aset perniagaan dan hubungannya dengan sumber-sumber perniagaan.  Penyata Kira-kira juga disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3

BAHAGIAN 10 :

PENUTUP

Merumuskan semua perancangan yang telah dilaksanakan secara ringkas, tepat dan padat.  Di sini usahawan boleh menghuraikan secara ringkas tentang daya maju projek yang dirancangkannya.


LAMPIRAN

Memuatkan semua perkara tambahan yang perlu untuk memantapkan lagi RP.  Ini termasuklah dokumen-dokumen sokongan, sebut harga pembekal, tempahan dari pelanggan, salinan lesen-lesen perniagaan dan sebagainya.

...................................................................................................................................................................


Index:


Maksud Perdagangan 
-agihan barang 
-daripada pengeluar ke pengguna 

Maksud Perniagaan 
-jual beli barang 
-dapat untung

Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan



Peranan Bank 
-Ada kemudahan pembayaran seperti cek, pindahan kredit
-Ada kemudahan simpan wang seperti akaun simpanan, akaun semasa 
-Beri modal melalui pinjaman / overdraf
-Beri khidmat nasihat 
-Lain-lain perkhidmatan seperti:
•pertukaran matawang asing
•cek kembara 
•peti simpanan selamat 

Peranan Insurans 
-Beri perlindungan daripada risiko yang boleh diinsuranskan seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
-Bayar premium dapat gantirugi dapat memulihkan kepada kedudukan asal
-Berniaga lebih yakin berani kembang perniagaan
-Wujudkan peluang perniagaan
-Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian

Peranan Pengangkutan 
-Bawa barang dari tempat lebih ke tempat kurang selaras permintaan dan penawaran stabilkan harga
-Edar barang ke merata dunia pasaran lebih luas pilihan pengguna banyak
-Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
-Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
-Elakkan pembaziran
-Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
-Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
-Galakkan pertumbuhan ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan mengurangkan kadar pengganguran meningkatkan taraf hidup masyarakat
meningkatkan pendapatan negara
-Galakkan penyebaran sains dan teknologi
-Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan

Peranan Pergudangan 
-Pengeluaran besar-besaran berterusan
-Simpan bekalan berlebihan bekalan berterusan
-Selaraskan permintaan dan penawaran stabilkan harga 
-Kerja akhir dapat dilakukan seperti menimbang, membungkus.
-Penyetoran sejuk elakkan barang rosak seperti daging, buahan
-Lindungi risiko kecurian / selamat
-Sedia tempat pamer barang boleh periksa barang sebelum beli dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa
-Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot

Peranan Promosi 
-Perkenalkan barang
-Beri maklumat pengguna mudah pilih
-Wujudkan permintaan pujuk pengguna beli
-Tingkatkan daya saing
-Didik orang ramai guna barang
-Tingkatkan jualan / untung
-Tingkatkan imej barang / syarikat
-Meluaskan pasaran

No comments:

Post a Comment