Monday, May 19, 2014

Fasa D : Penyediaan Sistem Jaringan Perniagaan "Networking'

Index Fasa
Fasa A : Pengenalan serta Persediaan Bakal Usahawan  (Done)
Fasa B : Kenalpasti Jenis Perniagaan dan Dimana? (Done)
Fasa C : Modal serta Rancangan Perniagaan (Done)
Fasa D : Penyediaan Sistem Jaringan Perniagaan "Networking'
Fasa E : Penyediaan Sistem "Logistic"
Fasa F : Permulaan Berhubung Dengan Pembekal atau Pengilang
Fasa G : Cara Negosiasi yang Efektif dengan Pembekal serta Pengilang
Fasa H : Membuat keputusan untuk membeli
Fasa I  : Membawa masuk Barangan ke Malaysia
Fasa J : Memasarkan Barangan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Fasa D : Penyediaan Sistem Jaringan Perniagaan "Networking'

Definisi Jarinngan Perniagaan


Untuk menghasilkan satu bentuk perniagaan yang mempunyai kelestarian (Sustainability), Apakah jaringan ini? Jaringan perniagaan adalah satu sistem perhubungan yang di buat untuk melancarkan sesuatu perniagaan. Aspek yang dititikberatkan untuk mencipta sesuatu jaringan perniagaan adalah termasuk aspek fizikal serta spirutual. Aspek fizikal termasuklah prasarana seperti rangkaian telekomunikasi (telefon atau internet), sistem logistik, pengilang, perundangan (KASTAM) dan juga pemasaran. Manakala dari aspek spiritual pula tertumpu kepada sifat baik serta prasangka baik yang terdapat didalam diri setiap ahli kepada jaringan perniagaan tersebut. Sifat-sifat seprti jujur, amanah, bertanggungjawab serta saling hormat-menghormati akan menjadikan struktur jaringan perniagaan ini menjadi lebih kukuh dan ampuh. 


Selagi terdapat sentuhan manusia di dalam apa jua bentuk pada jaringan perniagaan ini, aspek-aspek ini amatlah penting serta perlu dititikberatkan agar ianya akan berkekalan dan menjadi lebih lestari dalam jangka masa yang panjang.  

Bagaimana Ianya Berfungsi

Sesebuah jaringan perniagaan akan menjadi seumpama satu arteri yang menyalurkan darah dari jantung kita ke semua bahagian pada tubuh badan kita. otak sebagai "Central Processing Unit" (CPU) yang menyalurkan maklumat tentang apa jua aktiviti-aktiviti serta arahan yang dibuat. dalam pada masa yang sama, ianya adalah bersifat "cyclical" (berkitar). Apabila sampai ke destinasi terakhir, satu reaksi atau tindak balas  akan di salurkan semula ke CPU untuk simpanan data dan juga untuk menyegerakkan (Synchronized) kesemua data-data yang diterima. "Hubungan yang ada boleh digunakan dengan sebaik mungkin untuk membuka peluang perniagaan dan terus mengembangkan perniagaan sedia ada ke peringkat yang lebih tinggi. "Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?=2011&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm#ixzz328wLLShO 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dalam kata yang lain, istem jaringan perniagaan ini akan membantu peniaga atau pemborong menyusun perjalanan perniagaannya dengan menyusun satu struktur jaringan yang menyeliputi aktiviti Pembelian, Pembungkusan, Penghantaran (Logistik), KASTAM, Pemasaran kepada peruncit atau terus kepada pengguna dan juga sistem Reorder atau Maklumbalas (Feedback) dari pengguna.  


Carta 1: Kitaran Jaringan Perniagaan Antarabangsa


Siapakah Yang Perlu Ada Didalam Jaringan

Untuk menjayakan sesuatu jaringan perniagaan, beberapa komponen utama perlu ada bagi melengkapinya. Komponen-komponen utama tersebut adalah:

- Penginmport/Usahawan
- Pembeli/Pengguna Akhir
- Pemborong dan Peruncit/Peniaga Kecil
- Pengendali Sistem Pengurusan Data/Maklumat (Online Ordering/Re-Ordering Systems) dan Unit CPU
- Pembekal/Pengilang/Pengeluar/Wakil Pengeluar
- Pengendali Sistem Logistik (Shipping) Antara bangsa
- KASTAM / Perundangan
- Pengendali Pergudangan dan Pengagihan Tempatan


Kekangan Aliran Jaringan

Kejayaan akan jadi lebih manis lagi apabila kita dapat menempuh pelbagai halangan serta onak duri bagi membina sebuah perniagaan. Halangan akan tetap ada dari masa kesemasa di setiap laluan kita. Kadangkala ianya berliku-liku, kadangkala ianya terlalu curam. Kesungguhan kita untuk mencapai kejayaan tersebut akan menjadikan kita matang dalam membuat keputusan perniagaan. Untuk memudahkan, kita boleh membahagikan halangan-halangan tersebut kepada dalaman dan halangan luaran.

a) Halangan Dalaman

- Keyakinan Diri
- Kematangan Membuat Keputusan Perniagaan
- Kurang Keupayaan Untuk Berfikir Secara Lateral/Menyeluruh
- Was-was Atas Kejujuran Pihak Lain
- Tamak Haloba (Pentingkan Diri Sendiri)
- Berprasangka Buruk Terhadap satu sama Lain
- Sifat Terlalu Mendesak Pihak Lain
- Halangan Komunikasi (Bahasa Dll)


b- Halangan Luaran 

- Perundangan dan Percukaian (Luar Negara & Dalam Negara)
- Kuota Import (Kesan AP)
- Penawaran dan Permintaan
- Spesifikasi Produk
- Kualaiti Produk
- Faktor Cuaca (Logistik)
- Penyetoran/Pergudangan
- Kerosakan Barangan Serta Perkhidmatan.


Kelebihan membina satu Sistem Jaringan Perniagaan yang baik 


Jaringan Perniagaan (Business Networking), Apakah kelebihannya? Berikut saya senaraikan kelebihan-kelebihannya, jika anda ingin memulakan sebuah perniagaan yang mudah, risiko rendah tetapi pulangannya tinggi. 
  1. Jumlah pelaburan yang rendah/berpatutan – Kebanyakan syarikat didalam jaringan akan hanya mengenakan caj yang nominal untuk anda menjadi ahli/pengedar iaitu kebanyakannya di bawah RM500. 
  2. Kos stok/khidmat awal yang rendah, tidak membebankan – Terdapat banyak syarikat yang menawarkan stok yang tidak membebankan anda. Ada juga syarikat yang tidak menawarkan stok untuk dijual. Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak boleh dijual. Ingat – Anda perlu bijak memilih produk, kuantiti dan nilai stok produk anda.
  3. Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli/pengedar dan kos stok yang rendah ini tidak memberi risiko yang besar untuk anda memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi. Hatta kos untuk membuka gerai pondok menjual burger sekalipun kadang-kadang lebih tinggi dan lebih berisiko dari perniagaan Pemasaran Rangkaian ini .
  4. Berkongsi perniagaan dengan mereka yang arif - Apabila anda menyertai sesebuah jaringan perniagaan, anda sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihlah rakan niaga yang boleh anda jadikan tempat bernaung untuk jangka panjang dan yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan anda. Pilihan syarikat rakan niaga untuk memulakan perniagaan adalah hak anda!
  5. Masa yang fleksibel – Perniagaan ini dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.
  6. Bekerja secara Online dan/atau Offline - Anda boleh melakukan kerja ini secara tradisional iaitu pertemuan ‘face to face’ atau secara ‘online’ menggunakan internetsebagai perantaraan. Anda boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih cara yang anda selesa. Pelajari cara untuk melakukannya dan gunakannya dengan efektif.
  7. Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus – Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan didalam jaringan perniagaan. Terdapat juga ramai professional yang telah memilih untuk melakukan perniagaan ini dan berjaya.
  8. Bekerja Di mana-mana – Tidak memerlukan pejabat spesifik. Anda boleh mengendalikan perniagaan ini di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe.
  9. Tidak memerlukan pekerja tambahan – Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja. Pekerja tidak mempunyai impian sama seperti anda!
  10. Aliran tunai perniagaan yang stabil – Terdapat pelan imbuhan perniagaan yang membayar anda pada bila-bila masa, secara mingguan, bulanan dan juga bonusperniagaan pada setiap suku tahun. Anda tidak perlu risau tentang aliran tunai (Cash Flow’) perniagaan anda (bergantung di atas kerajiana serta pendekatan anda). Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan perniagaan ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.
  11. Berpotensi memperolehi pendapatan perniagaan tanpa had – Perdapatan tanpa had juga dikenali sebagai pedapatan residual yang mana anda usahakan sekali tetapi hasilnya dikecapi bagi jangka panjang. Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.
  12. Tabung persaraan – Pendapatan perniagaan ini boleh mencecah lima, enam angka dan terdapat pelan yang membayar anda sehingga hari-hari tua anda dan ini boleh dijadikan sebagai tabung persaraan anda.
  13. Pembangunan diri yang komprehensif - Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.
  14. Hubungan persahabatan yang berkekalan – Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengilang, pembekal, logistik, pembeli serta peruncit yang mempunyai perkaitan kumpulan dan matlamat perniagaan yang sama. Ingat – Jaringan Perniagaan adalah berdasarkan membina hubungan baik didalam saluran tersebut.
  15. Perniagaan yang boleh diwariskan - Menyediakan waris kita untuk meneruskan perhubungan perniagaan ini adalah bagus untuk jangka masa yang panjang dan mempastikan kelangsungan perniagaan kita.
Jika anda inginkan sebuah perniagaan, Jaringan Perniagaan telah menyediakan anda satu platform yang mudah untuk membawa anda kepada kejayaan. Cuma usaha dan komitmen masih tetap menjadi elemen penting untuk mencapainya. Perniagaan merupakan sebuah usahasama yang akan kekal berterusan beroperasi dan berinteraksi dengan persekitaran di mana ia berada yang melibatkan persekitaran luaran dan dalaman.Usahawan perlu bijak dalam mengenal pasti peluang dan sumber-sumber terhad dikelilingmereka. Jaringan perniagaan merupakan asas pembentukan dan penubuhan sesebuah perniagaan.Oleh itu, setiap usahawan perlu bijak mengurus jaringan perniagaan yang bakal dibentuk oleh mereka. Usahawan perlu mengikuti langkah demi langkah bagi mewujudkan jaringan yang lancar didalam perniagaan. Usahawan perlu merancang hubungan dengan ahli jaringan mereka dengan menghadiri pelbagai majlis, aktiviti sosial dan seminar-seminar lalu memperkenalkan dirimereka melalui kad perniagaan masing-masing. Seterusnya usahawan perlu mewujudkan hubungan dengan jaringan serta menjaga menjaga imej syarikat bagi mengekalkan hubungan yang baik agar tiada sebarang kesulitan yang bakal hadapi. Oleh itu, usahawan perlu membuat analisa persekitaran dan membina jaringan kerja yang baik bagi mengenal pasti peluang-peluangdan anacaman yang bakal mendatang di samping mengumpul maklumat-maklumat penting sebagai persediaan kepada perniagaan. Sesugguhnya, jaringan ini boleh mendatangkan kebaikan kepada usahawan seperti, jaringan membolehkan usahawan mengakses kepada sumber seperti kewangan, teknologi, maklumat dan sokongan moral. Selain itu, reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik ahli jaringan member keutamaan kepada produk dan perkhidmatan yang ushawan sediakan. Justeru itu, usahawan perlu menitik beratkan jaringan yang telah diwujudkan bagi menghasilkan hubungan yang baik sesama mereka. Jaringan merupakan perkara asas yang perlu diutamakan dalam penubuhan sesebuah syarikat.


No comments:

Post a Comment