Wednesday, May 7, 2014

PERNIAGAAN ANTARABANGSA.




1.Maksud Perniagaan Antarabangsa.
•kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
•ia terdiri daripada tiga cabang utama iaitu import, eksport dan entrepot
•Ketiga-tiga dikategorikan kepada dua jenis iaitu nyata dan tak nyata.

2.Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa.
-Perbezaan sumber alam semulajadi.

•sumber alam, jenis iklim dan tanah yang dikurniakan berbeza 
•sebuah negara mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan olehnya
-Perbezaan kos pengeluaran.
•sebuah negara menumpu kepada pengeluaran barang yang dihasilkan dengan kos paling minima berbanding negara lain. 
•barang yang tidak dapat dihasilkan secara efektif akan diimport 
-Perbezaan tingkat teknologi
•Tingkat teknologi yang tinggi membolehkan proses pengeluaran dilakukan dengan kos lebih rendah dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.
-Hubungan antarabangsa.
•interaksi antara negara mewujudkan kehendak serentak antara pembeli dan penjual.
•hubungan diplomatik mewujudkan perniagaan antara negara-negara di dunia

3.Kepentingan Perniagaan Antarabangsa Kepada Pengguna, Pengeluar dan Negara
-Kepentingan Kepada Pengguna
•Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
- sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang untuk 
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad. 
- Barang yang tidak ada dalam negara perlu diimport.
•Mempelbagaikan pilihan pengguna.
- Setiap pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza. 
- Pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana banyak jenis barangan di pasaran.
•Kewujudan barang berkualiti pada harga rendah.
- Pasaran yang lebih luas membolehkan pengkhususan diamalkan dan pengeluaran skala besar dijalankan. 
- Kos pengeluaran diminimumkan dan harga lebih rendah.
- Barangan import lebih bermutu dipasarkan yang mendorong pengeluar tempatan 
- meningkatkan mutu keluarannya untuk bersaing.
- Pengguna dapat menikmati barang berkualiti tinggi pada tahap harga yang rendah.
•Meningkatkan taraf hidup.
- ia dapat memenuhi kehendak pengguna
- mempelbagaikan pilihan pengguna
- menikmati barang berkualiti pada harga rendah
- menikmati keselesaan hidup daripada barang yang digunakan
- memenuhi cita rasa pengguna
•Menambahkan peluang pekerjaan.
- perniagaan eksport, import dan entreport memerlukan tenaga kerja yang mencukupi supaya kerja berjalan dengan lancar.
•Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
- pengguna terdedah kepada pelbagai pertukaran teknologi dan ilmu pengetahuan dari negara lain.

-Kepentingan Kepada Pengeluar
•Pasaran yang lebih luas
-kuantiti jualan meningkat dan keuntungan bertambah kerana barangan dapat dieksport ke pasaran dunia yang lebih luas.
•Pengeluaran berskala besar
- pengeluar mengkhusus dalam pengeluaran yang ada kecekapan dan kepakaran
- pengeluar menjalankan pengeluaran besar-besaran kerana pasaran luas
firma tempatan akan berusaha menurunkan kos pengeluaran, 
meningkatkan keuntungan ,operasi lebih cekap dan efektif, keluaran lebih berdaya saing dan mencapai ekonomi bidangan
•Pertukaran pengetahuan dan teknologi
- hubungan dua hala menggalakkan pertukaran maklumat, pengetahuan dan teknologi
- pengeluar dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran
•Lebih banyak sumber bekalan diperoleh
- pengeluar dapat mencari bekalan bahan mentah dengan mudah
- bahan mentah yang tidak ada dalam negara dapat diimport bagi 
membolehkan proses pengeluaran berterusan
•Menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti barang
- ekonomi mengikut skel dinikmati kerana pasaran luas. 
- kos yang dijimatkan digunakan bagi meningkatkan kualiti barangan

-Kepentingan Kepada Negara
•Menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan
- melalui duti kastam ke atas import dan eksport
- cukai pendapatan ke atas keuntungan
- kerajaan menambah peruntukan untuk projek pembangunan negara 
•Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa
- hubungan dua hala yang baik terjalin dalam aspek ekonomi, social, politik, kebudayaan dan teknologi
•Mendapat pertukaran asing
- kegiatan eksport menyebabkan mata wang asing mengalir masuk
- pendapatan meningkat dan ekonomi kukuh akibat daripada imbangan dagangan lebihan
•Mengurangkan pengangguran
- pertumbuhan sector pembuatan dan perkhidmatan mewujudkan banyak peluang pekerjaan
•Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan kepakaran
- mengimport bahan mentah dan kepakaran dari negara lain
•Meningkatkan imbangan pembayaran negara
- penerimaan pembayaran eksport nyata dan tak nyata menyebabkan pengaliran masuk modal 
- imbangan pembayaran positif

4.Perbandingan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa
-Persamaan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa
•Urusniaga yang berasaskan pertukaran- melibatkan penjual dan pembeli bersetuju bertukar barang 
- nilai pertukaran diukur dengan mata wang
•Matlamat untuk mencari keuntungan
-ganjaran kepada pengusaha perniagaan
•Memenuhi keperluan dan kehendak manusia
- menerusi proses jual beli
•Mengamalkan pengkhususan
- guna pendekatan terbaik untuk menikmati ekonomi bidangan
•Memerlukan factor-faktor pengeluaran yang sama
- gunakan modal, tanah, buruh dan usahawan untuk beroperasi dengan 
lancar
•Memerlukan bantuan perniagaan yang sama
- melibatkan kegiatan mengagih barangan kepada pengguna akhir maka 
bantuan perniagan digunakan

-Perbezaan perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa



5.Maksud Perniagaan Import, Eksport dan Entreport
-Perniagaan import – membeli barang atau perkhidmatan dari negara lain
-Perniagaan eksport – menjual barang dan perkhidmatan kepada negara lain
-Perniagaan entreport – aktiviti mengimport barang dari negara asing, diproses 
atau disimpan dan dieksport semuala ke negara lain
-Import nyata - membeli barang berbentuk fizikal dari Negara luar
-Import tak nyata - membeli perkhidmatan yang ditawarkan oleh negara luar
-Eksport nyata - menjual barang berbentuk fizikal ke negara yang lain
-Eksport tak nyata - menjual perkhidmatan yang disediakan oleh rakyat 
tempatan kepada negara luar
-Untuk meningkatkan nilai barang – peniaga entreport memproses semula barang import sebelum dieksport

6.Prosedur Import dan Eksport-Prosedur import

1.Mematuhi kehendak undang-undang
Akta Kastam 1967 – mengawal pengimportan jenis barang

2. Membuat pesanan
Inden 
•menghantar surat pesanan kepada pengeksport
•pengimport dapatkan surat jaminan kredit dari bank atas nama 
•pengeksport
•surat kredit dihantar bersama inden
•pengimport tunggu pengesahan pengeksport
Saluran import
•secara langsung 
•berhubung terus tanpa orang tengah dengan kemudahan komunikasi dan barang juga dihantar terus kepada pengimport 
•pejabat cawangan 
•kepunyaan pengeksport terletak di Negara pengimport atau pengeksport
•ejen import 
•khusus import barang, dibayar komisen mengikut kuantiti barang diimport
•saudagar import 
•orang tengah yang mengendalikan hal teknikal untuk menjaga kepentingan pengeksport dan Pengimport lain-lain. 
•ejen pengembara melalui ekspo, pameran dan rombongan perdagangan 

3.Menerima bil muatan dan menjelaskan bayaran
-pengimport menunggu ketibaan bil muatan, invois eksport, surat jaminan 
kredit dan bil perintah bayar yang dihantar menerusi bank selepas bayaran 
dibuat

4.Memenuhi keperluan Akta Kawalan Pertukaran Wang Asing 1953
•bayaran import memenuhi akta
•bayaran ke luar negara melebihi RM10 000 mesti mendapat persetujuan pihak 
berkuasa
•Borang KPW – membeli mata wang asing
•Borang KPW2-memindahkan mata wang ringgit ke luar Negara

1.Ketibaan barang import di pelabuhan dan membuat persiapan menerima barang
i.syarikat perkapalan hantar notis pemberitahuan kepada pengimport tentang 
ii.tarikh ketibaan kapal di pelabuhan
2.Menuntut barang dan membiayai duti kastam
i.bil muatan, lessen import, sijil insurans dan invois eksport disediakan 
ii.pengimport untuk pihak kastam
iii.barang tidak bercukai – pengimport isi borang kemasukan barang percuma
iv.barang bercukai – borang kemasukan barang bercukai
v.kemasukan untuk kegunaan dalam negeri – bawa keluar barang serta-merta 
vi.lepas bayar duti kastam
vii.kemasukan untuk pergudangan – menangguh bayar cukai – simpan dalam 
viii.gudang berbon
3.Memeriksa barang dan mengangkut barang keluar dari pelabuhan
i.periksa barang pasti tiada kerosakan
ii.kerosakan yang tidak tercatat dalam bil muatan – tuntut ganti rugi daripada 
iii.syarikat insurans

Prosedur Eksport
1.Mencari pasaran dengan menjalankan penyelidikan pasaran
- cari bakal pengimport
- tubuhkan pejabat di luar negara
2.Penerima inden dan melaksanakan arahan dalam inden
- penuhi pesanan
- rujuk borang inden – con. Jenis dan kuantiti barang
3.Menempah ruang kargo dalam kapal atau kapal terbang 
- tempah melalui ejen
4.Menghantar barang ke pelabuhan
- sediakan barang
5.Mengurus pelbagai prosedur kastam
- mematuhi peraturan kastam
- isi borang dan bayar cukai
6.Menyediakan dokumen berkaitan yang diperlukan
- sediakan dokumen mengeksport – invois consular, bil muatan, 
sijil asal usul
7.Memuatkan barang ke dalam kapal
- dari dermaga/tongkang ke dalam kapal
8.Menuntut bayaran daripada pengimport
- pengeksport sedia bil perintah bayar/kredit berdokumen untuk 
tuntut bayaran

Halangan Dalam Perniagaan Antarabangsa
•Prosedur kastam dan pelbagai sekatan perniagaan
- setiap Negara berbeza peraturan
•Penggunaan mata wang yang berlainan
- kadar pertukaran mata wang sentiasa berubah 
- menjejaskan untung
•Penggunaan bahasa yang berlainan
- komunikasi dan dokumen berbeza bahasa
•Risiko yang tinggi
- barang hilang / rosak dalam perjalanan
•Cara pembayaran yang berbeza
- cara bayaran merumitkan
- perlu isi borang
- kebenaran kerajaan untuk pindah wang yang banyak
•Keadaan politik
- peperangan mengganggu – berniaga dengan Iraq
•Masalah sukatan dan timbangan
- sistem sukatan dan timbangan berbeza di antara negara
•Dokumentasi yang rumit
- banyak pihak yang terlibat memerlukan penggunaan dokumen yang pelbagai 
•Standard dan syarat import
- ada negara ketatkan syarat – contoh. Malaysia perlu sijil asal usul barang
•Kesukaran mendapat maklumat
- terpaksa menjalankan kajian yang kosnya mahal

Mengatasi Halangan Perniagaan Antarabangsa- wujudkan kerjasama perniagaan antara dua negara
- buat promosi di luar negara melalui ejen yang dilantik
- beli insurans untuk melindungi risiko barang yang rosak/hilang
- barang yang dikeluarkan berkualiti
memenuhi cita rasa/kehendak orang luar
- dapatkan bantuan kerajaan 
pengurangan cukai/bantuan promosi

Dokumen Perniagaan Antarabangsa
•Dokumen Perniagaan
- Inden 
- pesanan bertulis
- pengimport kepada pengeksport
- inden terbuka – nama pengeluar tidak ditetapkan
-inden tertutup – nama pengeluar ditetapkan
- Invois Eksport
- menyerupai invois perdagangan dalam negeri
- 2 salinan
- 1 salinan disertakan bil muatan dihantar kepada 
pengimport bila barang dikirim
- Invois Konsular
- dikeluarkan oleh pengimport
- kebenaran membawa masuk barang import oleh 
pengeksport 
- didapati di pejabat konsul/kedutaan negara pengimport
- 3 salinan – syarikat perkapalan, pihak konsul, pihak kastam
- invois proforma – harga masih tidak ditentukan
- Sijil Asal Usul
- maklumat negara asal barang 
- dikeluarkan oleh dewan perdagangan/kementerian perniagaan
- dikeluarkan pengeksport kepada kastam negara pengimport

•Dokumen Pengangkutan
- Bil Muatan
- dikeluarkan oleh syarikat perkapalan
- barang dieksport dengan kapal
- ditandatangani nakhoda kapal – mengesahkan barang ke kapal
- ia dokumen hak milik untuk dapat kredit berdokumen dari bank
- bil kotor – merekod kerosakan
- bil bersih – barang tiada kerosakan
- 5 salinan – nakhoda kapal, syarikat perkapalan, 
pengeksport, pengimport 
- Bil Udara 
- barang dibawa dengan kapal terbang
- dikeluarkan oleh syarikat penerbangan
- bukan dokumen hak milik
- fungsi – bukti penerimaan, bukti kontrak, nota makluman, 
nota serahan
- 3 salinan – pengeksport, syarikat penerbangan, pengimport
- Nota Perkapalan
- dihantar oleh syarikat perkapalan kepada lembaga pelabuhan
- tujuan – meminta pihak pelabuhan memunggah barang ke 
dalam kapal yang dinamakan 

•Dokumen Insurans
- Polisi Insurans
- dikeluarkan oleh syarikat insurans
- barang dilindungi daripada segala risiko
- pengimport buat tuntutan ganti rugi daripada syarikat insurans
- penting untuk dapat pinjaman/kredit berdokumen dan untuk 
dimuatkan ke dalam kapal
- bayaran polisi – pengimport/pengeksport

•Dokumen Kastam
- Borang Perakuan Kastam
- barang tidak boleh dibawa masuk jika duti tidak dibayar

•Dokumen Pembayaran
- Bil Perintah Bayar
- alat pembayaran
- pengeksport kepada pengimport untuk ingat bayaran
- Kredit Berdokumen
- surat kredit yang dikeluarkan oleh pengimport
- bank menjamin akan membayar segala bil yang dituntut oleh 
pengeksport
- Surat Cagaran
- dihantar oleh pengeksport kepada bank pengimport
- bank pengimport diberi kuasa untuk menjual barang jika 
pengimport gagal membayar/enggan menerima barang




Index:

DOKUMEN EKSPORT DAN IMPORT[ Oleh Cikgu Rithuwan Nasir - Format HTML daripada Nota KBKK untuk Kelas 4D 2000 ]
Nama Dokumen
Keterangan / Fungsi
Daripada Siapa
Kepada Siapa
Catatan / Nota Tambahan
A. DOKUMEN PERNIAGAAN


1. Inden
  • Inden ialah pesanan daripada pengimport diluar negeri.
  • Inden menyatakan jenis dan kuantiti barang yang hendak dipesan, anggaran harga, cara pembungkusan, tarikh serahan, dan lain-lain syarat pesanan.
  • Inden terdiri daripada:


i. Inden Terbuka :
tidak menetapkan dari mana pengeluar barang-barang hendak dipesan.
ii. Inden Tertutup :
menetapkan dari mana pengeluar barang-barang hendak dipesan.
PengimportPengeksportDisediakan oleh pengimport dan disampaikan kepada pengeksport melalui ejen.


2. Invois Eksport
(Invois Perdagangan)
  • Ia menyerupai invois yang digunakan dalam perniagaan tempatan
  • Ia adalah dokumen yang memberi butir-butir secara terperinci tentang barang-barang yang dieksport - jenis, berat, kuantiti, harga, premium insurans, dan tambang.
  • 3 salinan diperlukan:


i. 1 dihantar kepada pengimport sebaik barang dikirim
ii. 1 disimpan oleh pengeksport untuk rujukan.
iii. 1 disertakan degan bil muatan.
PengeksportPengimport


3. Invois Konsular
  • Invois perlu disahkan oleh kedutaan negarapengimport sebelum barang-barang yang dinyatakan dalam invois itu dibenarkan diimport ke negara itu.
  • Ia dikirim kepada pengimport.
  • Diperlukan oleh negara-negara yang mengenakan duti import dengan kaedah advalorem.
pengeksportpengimportContoh: PengeksportMalaysia hendak mengeksport barang-barang ke Itali. Dia perlu mengisikan invois yang disahkan oleh kedutaan Itali sebelum barang-barang itu dibenarkan dieksport.Duti import akan ditaksir oleh pihak kastam Itali berdasarkan invois konsul itu.Tujuannya ialah untuk mengelakkan sebarang aktiviti lari dari bayaran duti.


4. Resit
  • dokumen yang mengesahkan bahawa hutang telah dibayar.
  • Seperti resit biasa yang digunakan dalam perniagaan dalam negeri.
Pengeksport / penjualPengimport / pembeli
B. DOKUMEN PENGANGKUTAN


1. Bil Muatan
  • Bil ini digunakan apabila barang-barang diangkut dengan kapal.
  • Bil muatan ialah dokumen hak milik.
  • Pengimport tidak dapat menuntut barang-barang import tanpa dokumen ini.
  • Ia menjadi bukti kontrak untuk mengangkut barang-barang dengan kapal ke pelabuhan yang dituju.
  • Ia merupakan satu pengangkutan penerimaan barang-barang dan dapat melindungi syarikat perkapalan daripada pelbagai tuntutan kerugian yang bukan disebabkan oleh kecuaian dan kesalahannya kerana tiap-tiap barang yang pecah dan rosak direkod dalam bil muatan.
  • Terdapat 2 jenis:


i. Bil Bersih - tiada catatan kerosakan.
ii. Bil Kotor - kerosakan barang dicatat.

  • Bil muatan boleh dicagarkan untuk mendapat pinjaman.
  • Ia juga bertindak sebagai nota makluman yang memberi maklumat kepada pihak kastam tentang butir-butir barang yang dieksport dan diimport.
Dikeluarkan oleh syarikat perkapalanPengeksportPengimportTerpenting sekali dalam perniagaan antarabangsa.Disedia dalam 5 salinan dan ditandatangani oleh nakhoda kapal semasa barang-barang di bawa masuk ke kapal:
1 - nakhoda
1 - syarikat perkapalan
1 - pengeksport
2 - pengimport, dihantar berasingan melalui mel oleh pengeksport.


2. Bil Udara
(Airway Bill)
  • Digunakan apabila barang-barang diangkut dengan kapal terbang.
  • Merupakan nota kiriman yang dikeluarkan konsainor (syarikat penerbangan) kepada konsaini (pengirim).
  • Merupakan akuan penerimaan barang-barang.
  • Bukti kontrak untuk mengangkut barang-barang ke destinasi tertentu.
  • Bukan dokumen hak milik terhadap barang, maka tidak boleh dipindah milik secara endorsan.
  • Tidak boleh digunakan sebagai cagaran kepada bank.
Konsainor (syarikat penerbangan)Konsaini (pengirim)Bil udara dikirim bersama-sama barang-barang yang dikirim dan mesti ditandatangani oleh penerima setelah barang-barang diserahkan kepadanya.


3. Nota Perkapalan
  • Ia dihantar oleh syarikat perkapalan kepada pihak lembaga pelabuhan yang menerima barang-barang untuk dihantar, memintanya memuatkan barang-barang ke dalam kapal yang dinamakan.
  • Nota ini menyatakan secara terperinci:


i. bilangan peti barangan yang dihantar,
ii. kandungan setiap peti,
iii. labelnya,
iv. nilai barang-barang, dan
v. nama kapal yang akan membawa barang-barang itu.
Syarikat PerkapalanLembaga pelabuhan


4. Pemberitahu Panggil Datang
(Notis Pemberitahu Dahulu)
  • Memberitahu tarikh barangan mesti sampai ke pelabuhan untuk dimuatkan ke dalam kapal.
  • Ia menyebut perkara-perkara:


i. tarikh kapal akan belayar
ii. nama kapal
iii. tempat pemunggahan barangan
Syarikat PerkapalanPengeksportJika barangan tidak sampai ke pelabuhan pada tarikh yang ditetapkan, maka kapal akan belayar dengan tidak membawa barang-barang itu.


5. Resit Pemilik Dermaga
(Warfinger'sReceipt)
  • Resit ini dikeluarkan apabila barang-barang sampai untuk dipunggah ke kapal.
  • Ia sebagai bukti penerimaan barang-barang di dermaga untuk dimuatkan ke dalam kapal.
Apabila barang-barang dihantar ke dermaga untuk dimuatkan ke dalam kapal, resit pemilik dermaga dikeluarkan.


6. Nota Berat
  • Digunakan sebagai asas pengiraan tambang oleh syarikat perkapalan.
  • Berat dan ukuran barangan akan direkod dalam nota ini.
  • Ia boleh digunakan sebagai bukti bahawa barang-barang telah selamat dihantar ke pelabuhan.
Di pelabuhan, barangan yang dikirim akan ditimbang. Setelah itu, nota ini akan dikeluarkan.


7. Resit Nakhoda
  • Ia dikeluarkan apabila barang-barang dipindah ke dalam tongkang atau bot kecil sebelum dimuatkan ke dalam kapal.
  • Dikeluar dan ditandatangani oleh nakhoda kapal
  • Ia sebagai akuan atau bukti penerimaan barang.
  • Ia akan ditukarkan dengan bil muatan.
Nakhoda tongkang atau bot kecilBot-bot kecil atau tongkang


8. Nota Konsainan
(Nota Kiriman)
  • Digunakan apabila barang-barang import atau eksport diangkut oleh agensi pengangkutan seperti syarikat pengangkutan kereta api ataupun syarikat pengangkutan lori.
  • Kontrak pengiriman antara pengeksport dengan agensi pengangkutan.
  • Ia bukan dokumen hak milik dan bukan alat boleh niaga.
Agensi atau syarikat pengangkutanPengeksportBil udara adalah contoh nota konsainan.
C. DOKUMEN INSURANS


1. Polisi Insurans Perkapalan
  • Barangan boleh diinsuranskan oleh pengeksport atau pengimport.
  • Polisi insurans adalah penting kepada pengimport yang ingin memohon pinjaman bank.
  • Ini kerana pihak bank tidak sanggup memberi pinjaman semata-mata dengan bercagarkan bil muatan tanpa barangan diinsuranskan.
Barang-barang yang dihantar perlu diinsuranskan untuk mengelakkan kerugian disebabkan oleh kerosakan atau kehilangan semasa pelayaran.
D. DOKUMEN KASTAM/CUKAI


1. Borang Pengakuan Kastam
  • Borang yang wajib diisi untuk semua barang eksport dan import sama ada yang dikenakan cukai atau tidak.
  • Menyediakan maklumat-maklumat mengenai import dan eksport seperti jenis barang, kuantiti, harga, negara asal, atau negara destinasi.
  • Bertujuan memudahkan Jabatan Kastam dan Eksais memeriksa barang-barang import dan eksport bagi menentukan kada duti kastam.


2. Borang Kemasukan Barang Percuma
  • Borang ini diisi bagi barang-barang yang tidak dikenakan duti import.
  • Bertujuan membolehkan pegawai kastam memeriksa barang-barang yang dibawa masuk.
  • Jikalau didapati barang-barang itu benar-benar dikecualikan daripada cukai, maka ia dibenarkan untuk dibawa masuk tanpa cukai.


3. Borang Kemasukan Barang-barang Bercukai
  • Borang ini diisi bagi barang-barang yang dikenakan duti import.
  • Terdiri daripada 2 jenis:


i. Borang kemasukan bagi kegunaan dalam negeri :
Borang ini harus diisi jikalau barang-barang hendak dibawa masuk dengan segera.
Selepas pemeriksaan dan pembayaran duti, barang-barang itu dibenarkan masuk.
ii. Borang kemasukan bagi pergudangan :
Borang ini diisi jika pengimport tidak mahu menjelaskan duti dengan serta-merta.
Ia Membolehkan barangan dapat disimpan dalam gudang berbon.
Sebelum barangan dibenarkan keluar dari gudang, pengimport mestilah menjelaskan duti kastam.
PengimportPegawai kastam


4. Perincian Kastam
(Penentuan Kastam)
  • Ia dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais.
  • Perlu dilengkapkan oleh pengeksport apabila barang-barang hendak dieksport dikecualikan daripada duti eksport.
  • Juga perlu diisi bagi barang-barang import yang hendak dieksport semula.
  • Jika duti telah dibayar semasa barangan diimport, jumlah ini boleh dituntut balik.
  • Duti yang dituntut balik dipanggil pulangan duti atau bayar balik kastam (Customs Drawback).
Pihak kastamPengeksport yang berkelayakan.
E. DOKUMEN PEMBAYARAN


1. Bil Perintah Bayar
  • Adalah perintah bertulis yang dikeluarkan oleh pemiutang, ditujukan kepada penghutang.
  • Memerintahkan pihak yang ditujukan itu membayar sejumlah wang tertentu kepadanya pada suatu tarikh yang ditetapkan ataupun dengan segera.
  • Disediakan oleh pengeksport bagi jumlah nilai barang yang dijualkannya kepada pengimport, meminta pengimport membayar jumlah nilai itu kepadanya pada suatu tarikh yang akan datang.
  • Bil itu dihantar kepada pengimport untuk disahkan oleh persetujuannya.
  • Selepas disahkan persetujuannya, bil ini dikembalikan kepada pengeksport yang kemudian akan menghantar barang-barang jualan kepadanya.
  • Pengeksport boleh mendiskaunkan bil itu dibank untuk mendapatkan bayaran segera.
PengeksportPengimport


2. Kredit Berdokumen
  • Pengeksport boleh meminta surat kredit yang dikeluarkan oleh bank daripada pengimport
  • Surat kredit adalah jaminan yang dibuat oleh bank pengimport untuk membayar semua bil yang dikemukakan oleh pengeksport dengan syarat-syarat tertentu.
  • Pengeksport mesti menyediakan segala dokumen diperlukan seperti resit muatan, polisi insurans, dan invois. Surat kredit yang dikeluarkan oleh bank berasaskan dokumen-dokumen yang disediakan oleh pengeksport dipanggil kredit berdokumen.
  • Dengan surat kredit, pengeksport boleh mendiskaunkan bil perintah bayar ung dipersetujui oleh pengimport di bank pengimport untuk mendapatkan bayaran serta-merta.
PengimportPengeksportKadang kala bank enggan mendiskaunkan bil perintah bayar yang disahkan persetujuannya oleh pengimport kerana timbul keraguan tentang kedudukan kewangan pengimport.
F. DOKUMEN-DOKUMEN LAIN


1. Sijil Asal Usul
  • Merupakan pernyataan atau pengakuan yang dibuat oleh pengeksport untuk mengesahkan tempat asal barang-barang dieksport.
  • Mesti disahkan oleh oleh Dewan Perniagaan dan divisakan oleh negara pengimport.
  • Pihak berkuasa di negara pengimport menggunakan sijil asal usul bagi menentukan serta mengenakan duti import, memberi duti keutamaan, mengecualikan duti import atau menguatkuasakan kawalan kuota atas import.
Pengeksport, dan disahkan oleh Dewan Perniagaan Tempatan serta ditandatangani oleh konsul atau wakilnyaPengimportJuga digunakan bagi mencegah kemasukan barang-barang (embargo) dari negara-negara tertentu.


2. Surat Cagaran
(Letter of Hypothecation)
  • Surat yang dihantar oleh pengeksport ke salah sebuah bank di negara pengimport.
  • Memberi kuasa kepada pihak bank menjual barang-barang yang telah dikirim sekiranya pengimport tiba-tiba enggan menerimanya.
  • Bertujuan mengelakkan kerugian barangan tersadai di pelabuhan.
PengeksportBank di negara pengimport


3. Waran Gudang
(Waran Limbungan)
  • Dikeluarkan apabila barang-barang import disimpan di dalam gudang di limbungan.
  • Ia adalah dokumen hak milik terhadap barang-barang.
  • Ia mesti dikemukakan kepada pemilik gudang ketika menuntut barangan yang tersimpan di dalam gudang.
  • Ia boleh dipindah milik dengan cara endorsan.
  • Si penerima waran ini boleh mengemukakan waran itu kepada pihak gudang untuk menuntut barang-barang.
Pemilik gudangPengimportBoleh dipindah milikBoleh dicagarkan ke bank.


4. Janji Carter
(Charter Party)
  • Satu perjanjian atau kontrak yang dibuat di antara pencarter (penyewa) kapal dengan pemilik kapal.
  • Ia dibuat untuk mencarter sebahagian besar atau seluruh kapal tertentu untuk mengangkut barang-barang.
  • Bukan dokumen hak milik.
  • Tidak boleh dipindah milik atau dicagarkan kepada bank untuk mendapatkan pinjaman.
  • Dua jenis:


i. Carter perjalanan :
kontrak untuk menyewa kapal untuk satu pelayaran sahaja. Misalnya, dari Malaysia ke London.
ii. Carter masa :
kontrak untuk menyewa kapal untuk satu jangka masa tertentu, tidak kira berapa bilangan pelayaran. Misalnya tempoh 3 bulan.

  • Pusat yang terkenal sekali di dunia untuk mencarter kapal ialah Pasaran Baltik di London.
Pencarter (penyewa)Pemilik KapalPerjanjian sewa kapal



No comments:

Post a Comment