Sunday, June 8, 2014

Fasa F : Permulaan Berhubung Dengan Pembekal atau Pengilang

Index Fasa
Fasa A : Pengenalan serta Persediaan Bakal Usahawan  (Done)
Fasa B : Kenalpasti Jenis Perniagaan dan Dimana? (Done)
Fasa C : Modal serta Rancangan Perniagaan (Done)
Fasa D : Penyediaan Sistem Jaringan Perniagaan "Networking' (Done)
Fasa E : Penyediaan Sistem "Logistic" (Done)
Fasa F : Permulaan Berhubung Dengan Pembekal atau Pengilang
Fasa G : Cara Negosiasi yang Efektif dengan Pembekal serta Pengilang
Fasa H : Membuat keputusan untuk membeli
Fasa I  : Membawa masuk Barangan ke Malaysia
Fasa J :  Memasarkan Barangan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fasa F : Permulaan Berhubung Dengan Pembekal atau Pengilang

Pengenalan


Tak kenal maka tak cinta. Itulah kiasan yang sering kita dengar. Maksud dibelakang kata-kata tersebut tersirat satu makna yang amat dalam. dari segi perniagaan serta keusahawanan, ianya boleh didefinisikan sebagai satu seni yang unik bagi menambat hati samada pembekal, peruncit pengeluar ataupun pengguna. Untuk memulakan satu inisiasi sebuah perhubungan perniagaan, para usahawan perlu sekurang-kurangnya membuat penyelidikan mengenai pembekal ataupun pengilang tersebut. Kita perlu tahu latarbelakang mereka, apa yang mereka boleh tawarkan , sejarah perniagaan mereka serta kualiti pegeluaran atau perkhidmatan mereka. 



Apa yang kita cari?

Sebagai seorang ushawan, kita perlu tahu apa yang kita perlukan serta dapat memebuat satu spesifikasi yang jelas mengenai kemahuan pelanggan. Teknik yang terbaik adalah melalui penyelidikan pasaran. Dari situ kita akan dapat menganalisa serta membuat satu kesimpulan tentang kehendak pasaran serta pengguna akhir. Apa yang kita perlukan mestilah bertepatan dengan kehendak pelanggan. Tetapi ianya boleh dijadikan sebagai satu "Framework" untuk memberi ruang kepada kita untuk berinovasi secara bebas. Sifat inovasi ini memang tidak akan hilang daripada diri seseorang yang bergelar usahawan. dari situ kita dapat membina kelainan  serta dapat mengmbangkan idea-idea yang bernas untuk bersaing di dalam pasaran.  

Apabila kita telah kenalpasti apakah produk ataupun perkhidmata yang kita mahu untuk dipasarkan di dalam pasaran kita, seterusnya kita harus membuat satu senarai bagi memudahkan kita membuat "Sourcing" produk-produk serta perkhidmata terbabit. Senarai tersebut haruslah sekali lagi jelas dan nyata. Sebagai contoh, jika kita hendak membawa masuk produk-produk berkaitan teknologi, Apa yang kita perlu lakukan adalah membuat senarai mengenai produk-produk yang berkaitan teknologi seperti telefon , Power Bank, gajet-gajet telefon, dll. Kata kuncinya adalah "Product Knowledge". Bila kita tahu mengenai setiap produk yang kita mahu bawa masuk atau mengimport ke dalam negara kita, kita akan lebih yakin untuk membuat serta melaksanakan strategi pemasaran yang telah atau akan kita atur.  


Siapa yang kita perlu jumpa

Untuk memulakan sesuatu jalinan perniagaan, seseorang ushawan perlu tahu dimanakah harus untuk memulakan inisiasi tersebut. Bagi usahawan yang baru berkecimpung didalam dunia perniagaan, adalah lebih baik bagi mereka untuk berkenalan dengan usahawan-usahawan yang bereda disekeliling mereka untuk belajar serba sedikit tentang perniagaan. Ini amat penting untuk mereka kerana di masa yang sama mereka juga akan dapat belajar tentang mengapa seseorang usahawan gagal dan bagaimanakah untuk bangun semula daripada kegagalan tersebut. 

Dalam pada itu juga, bagi usahawan yang telah ada pengalaman tetapi ingin menukar bidang yang diceburi pula, bolehlah bermula dengan mencari potensi-potensi yang ada diluar sana dengan menelaah buku-buku ataupun melayari portal-portal di internet. Perkembangan teknologi terkini telah memungkinkan semua pihak untuk mencari ilmu dengan mudah serta menjimatkan masa. Terhidang didalam portal-portal tersebut adalah pelbagai bentuk potensi serta idea-idea yang boleh dijadikan contoh ataupun rujukan untuk memulakan proses inovasi. Semua usahawan perlu ingat bahawasanya yang membezakan seorang usahawan dengan peniaga biasa adalah sifat inovasi tersebut. mencipta kelainan dan membawa idea yang baru serta bernas kepada pasaran. Setelah memahami apa yang perlu kita tahu serta lakukan, barulah para usahawan mencari perujuk. Perujuk boleh didefinisikan kepada jabatan kerajaan ataupun mentor-mentor usahawan. Contohnya pihak PUNB, MARA, SME Corp. dan lain-lain agensi dibawah kerajaan negeri dan juga persekutuan. Mereka ini boleh membantu mengembangkan idea anda serta dapat membantu dari segi kewangan modal kitaran perniagaan. 

Manakala kepada usahawan yang telah maju pula, perlu ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka. Mereka perlu berani membuka jalan sendiri untuk berjaya. Ini bermaksud, mereka perlulah membuat keputusan yang berani dalam menentukan arah mana yang perlu dituju seterusnya jika bidang yang ada sekarang ini hampir kepada utiliti marginalnya. Perhubungan antarabangsa contohnya dengan pihak pengeluar dari negara China di Yiwu  Zhejiang akan dapat membuka ruang serta peluang yang amat luas kepada usahawan tersebut. Di sana terdeapat ramai pengilang serta wakil-wakil sah kepada pengilang yang boleh membantu anda. 


Dimana untuk bermula?

Setiap sesuatu ada permulaannya, begitu juga halnya dengan sesebuah perniagaan. untuk menceburi sesuatu yang baru, setiap usahawan perlu ada sifat rendah diri serta mahu untuk menerima perubahan. Diamana letakkan diri kita dipermulaan spertimana kita baru untuk bermula. Mulakan dengan langkah yang betul untuk meletakkan langkah yang seterusnya. Cuba elakkan menggunakan batu loncatan. Ini kerana kita mungkin terlepas sesuatu yang penting apabila kita melompat terlalu jauh kehadapan. 

Kunci sesebuah perhubungan yang berpanjangan adalah bermula dari diri kita. Bagaimana kita berinteraksi dengan pihak lain serta bagaimana kita menghormati mereka akan membuat mereka samada terus mempercayai kita atau sebaliknya. Dari itu setiap usahawan pasti akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang mungkin baru ataupun yang mungkin hampir serupa dengan persekitaran yang sedia ada. Mungkin sebelum ini kita pernah melakukan kesilapan yang sedikit sebanyak membuatkan kita lari dari matlamat yang sebenar. Apa yang perlu kita lakukan adalah menggunakan peluang yang tersedia untuk kali yang kedua ini dengan tidak mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan. Belajar dari kisah silam kita dan berusaha untuk meminimakan kesilapan. 

Introduksi pihak ketiga

Langkah yang paling bijak untuk setiap usahawan atur bagi memulakan sebuah perhubungan adalah dengan mendapat bantuan daripada pihak ketiga. Pihak ketiga ini termasuklah sahabat atau kenalan rapat kita yang pernah atau memang sedang ada perhubungan dengan pihak pengeluar antrarabangsa seperti di Yiwu China. Pihak ketiga ini juga akan membantu kita menambahkan kepercayaan mereka kepada kita. Selalunya mereka akan dapat menjadi "reference"  yang paling baik kepada pengeluar tersebut. 







Melihat kepada carta diatas, kita dapat mengetahui bagaimana seorang rakan boleh membantu kita untuk memulakan perhubungan dengan pengilang di China contohnya. Selain dari itu, usahawan juga boleh menggunakan ejen perniagaan tempatan serta antarabangsa untuk berhubung. Tetapi cara ini mungkin akan dikenakan sedikit kos kepada pihak anda. walaubagaimanapun, dengan menggunakan ejen, usahawan perlu mengambil peluang untuk belajar daripada mereka bagaimana untuk menjalinkan perhubungan dan juga untuk mengembangkan perhubungan perniagaan tersebut. Pada satu ketika lain, kita mungkin akan cuba untuk memvariasikan perniagaan kita. Dengan adanya pengetahuan tersebut, kita pasti akan dapat memulakan satu lagi perhubungan yang baru serta berpanjangan. 

Penilaian 

Dari masa kesemasa, kita juga harus menilai samada jalinan perhubungan dengan pegilang atau pengeluar tersebut mempunyai sinerginya ataupun sebaliknya. Untuk kita mengetahuinya, kita perlu menilai dari segala sudut termasuklah kos, keuntungan, serta nilai tambah kepada kita dan juga pengguna kita.  Ianya bukan untuk memutuskan hubungan tersebut, tetapi untuk menambahbaikan lagi kesefahaman itu. 




No comments:

Post a Comment