Tuesday, June 17, 2014

Fasa I : Membawa masuk Barangan ke Malaysia

Index Fasa
Fasa A : Pengenalan serta Persediaan Bakal Usahawan  (Done)
Fasa B : Kenalpasti Jenis Perniagaan dan Dimana? (Done)
Fasa C : Modal serta Rancangan Perniagaan (Done)
Fasa D : Penyediaan Sistem Jaringan Perniagaan "Networking' (Done)
Fasa E : Penyediaan Sistem "Logistic" (Done)
Fasa F : Permulaan Berhubung Dengan Pembekal atau Pengilang (Done)
Fasa G : Cara Negosiasi yang Efektif dengan Pembekal serta Pengilang (Done)
Fasa H : Membuat keputusan untuk membeli (Done)
Fasa I  : Membawa masuk Barangan ke Malaysia
Fasa J :  Memasarkan Barangan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fasa I  : Membawa masuk Barangan ke Malaysia


Untuk membawa masuk barangan ke Malaysia sebenarnya adalah satu perkara yang mudah. bagi yang baru untuk berjinak-jinak membawa masuk barangan ke Malaysia, Ianya adalah sama seperti kita membeli barangan di kedai-kedai di malaysia ataupun secara online yang mana melibatkan penghantaran dari satu tempat ke tempat yang lain. Cuma yang membezakan dengan pembelian dari negara luar seperti dari Yiwu China adalah jarak serta kos tambahan yang perlu disediakan untuk membawa masuk barangan ke Malaysia. Kos selain daripada kos barangan yang di bayar kepada pengilang termasuklah kos pengangkutan (Shipping) dan juga kos Duti Eksais KASTAM Malaysia. Di mana, apa yang perlu kita buat adalah untuk memasukkan kos tersebut di dalam kos barangan yang kita beli sebelum dapat meletakkan harga jualannya di Malaysia. Sealunya kos Duti Eksais akan dikenakan di pintu masuk samada di pelabuhan (Kelang/Pulau Pinang/Tanjung Pelepas dll) dan semua lapangan terbang di Malaysia.

Ringkasan langkah-langkah yang perlu di lakukan:


1) Kenalpasti produk yang diperlukan dan membuat pembelian
2) Membawa barangan ke gudang untuk penghantaran (bergantung kepada kuantiti serta jenis barangan bagi pemilihan jenis atao mod penghantaran - kapal laut atau kapal udara)
3) Untuk pembelian pasti, iaitu barangan yang telah ada permintaan tinggi, usahawan bolehlah membeli secara pukal dan menggunakan kapal laut untuk penghantaran ke Malaysia hingga ke pintu rumah.
4) Untuk pembelian percubaan (Sampling) adalah lebih baik di buat secara kuantiti yang kecil bagi mengelakkan kerugian. Untuk kuantiti ini, usahawan bolehlah samada membawa masuk barangan tersebut bersama mereka semasa pulang ke Malaysia (bagi barangan yang bersaiz kecil dan sederhana) ataupun menggunakan khidmat Currier udara seperti EMS, DHL, FEDEX dan lain-lain. 


Cara "Replenishment/Reorder": 


1. Melalui Ejen (kapal/Courier (Fedex/DHL/EMS etc))


Apabila kita telahpun mengenali pembekal kita di sana serta telah memiliki kepercayaan untuk berurusan dengan mereka, usahawan bolehlah memilih untuk berurusan dari jarak jauh secara talian telefon ataupun internet. Usahawan boleh memilih untuk menggunakan ejen sebagai wakil pembeli bagi pihak usahawan di sana. Ejen tersebut selalunya akan menguruskan pembelain setelah pembayaran telah dibuat kepada pembekal. Tugas ejen tersebut adalah memastikan barangan yang di minta mengikut spesifikasi yang di beri dan juga memastikan barangan tersebut di hantar ke Malaysia. Selalunya mereka akan mengenakan caj perkhidmatan dari 1% hingga ke 10%. 


2. Melalui Pengilang


Ada sesetengah pengilang menyediakan khidmat penghantaran terus kepada usahawan di Malaysia. Olehitu, ianya akan memberi kemudahan kepada usahawan untuk terus berurusan dengan pengilang. Pengilang selalunya tidak akan mengenakan caj lain selain daripada caj penghantaran. 


3. Membawa masuk sendiri 


Untuk barangan bersaiz kecil serta sederhana dalam kuantiti yang agak kecil, usahawan bolehlah memilih untuk membawa masuk baranagn tersebut sendiri dan bersama mereka sewaktu mereka kembali ke Malaysia. Tetapi harus diingat bahawa ianya tertakluk kepada berat "luggage" yang kita telah tempah semasa membeli tiket kapal terbang dan juga sila pastikan bahawa kita dapat memberi dokument yang diminta oleh pihak KASTAM. 


Bacaan Tentang KASTAM
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kastam & Duti Import


Reference :
- http://www.customs.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=107&Itemid=93&lang=bm
Sumber : http://kms.customs.gov.my/index.php/layout?start=5
Pengecualian Perbendaharaan
1. Pengenalan
Pengecualian Perbendaharaan adalah satu kemudahan pengecualianduti/cukai ke atas barang-barang yang diberikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia menurut Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967, Seksyen 10 Akta Cukai Jualan 1972 dan Seksyen 11(2) Akta Eksais 1976 kepada syarikat/individu bagi membantu pertumbuhan industri di Malaysia dalam menghadapi era perindustrian yang lebih global. Objektif kemudahan ini ialah untuk mengurangkan kos pembelian bagi bahan mentah, komponen, mesin, peralatan, aksesori yang tidak dapat diperoleh dari sumber-sumber tempatan, menggalakkan pertumbuhan industri tempatan yang berorientasikan eksport dan mengurangkan kos pengeluaran barang-barang supaya dapat bersaing di pasaran antarabangsa.
2. Barang-barang
Mesin, peralatan dan aksesori yang tidak dapat diperoleh di pasaran tempatan dan digunakan secara langsung dalam proses pengilangan sama ada baru atau terpakai. Bagi mesin/alat-alat yang diperoleh daripada pengilang tempatan, pengecualian cukai jualan layak dituntut.Bahan mentah, komponen dan bahan pembungkusan yang digunakan secara langsung dalam proses pengilangan untuk menghasilkan barang siap dan tidak dapat diperoleh dalam negara.Barang-barang yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
 3Kemudahan Pengecualian
Pengecualian duti kastam di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967
Seksyen 14 – Kuasa Menteri Untuk Mengecualikan
(2) Menteri dalam apa-apa hal tertentu-
(a) mengecualikan mana-mana orang daripada membayar keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam atau apa-apa fee atau caj lain yang ditetapkan yangkena dibayar oleh orang itu ke atas apa-apa barang ; atau
(b) mengarahkan dibayar balik kepada mana-mana orang keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam atau apa-apa fee atau caj lain yang ditetapkan yang telah dibayar oleh orang itu ke atas apa-apa barang-barang,
Dan dalam memberi pengecualian sedemikian atau mengarahkan pembayaran balik sede,ikian, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut.
Pengecualian duti eksais di bawah Seksyen 11(2), Akta Eksais 1976
Seksyen 11 – Kuasa
(1) Menteri boleh dengan perintah mengecualikan, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu sebagaimana ia fikir sesuai dikenakan, sebarang kelas barang atau orang daripada pembayaran ke semua atau sebahagian daripada duti-duti eksais yang kena bayar.
Pengecualian cukai jualan di bawah Seksyen 10, Akta Cukai Jualan 1972
Seksyen 10 – Kuasa Menteri Untuk Mengecualikan Dan Memulangkan Balik
(1) Menteri boleh dalam suatu hal tertentu tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan –
(a) Mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada membayar kesemua atau apa-apa bahagian daripada cukai jualan yang, jika tidak, tetap kena dibayar oleh orang itu atau golongan orang itu.
(b) mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada membayar kesemua atau mana-mana bahagian daripada cukai jualan yang, jika tidak, akan kena dibayar oleh orang itu atau golongan orang itu; atau
(c) mengarahkan supaya dipulangkan balik kepada manamana orang atau golongan orang kesemua atau manamana bahagian daripada penalti yang telah dibayar oleh orang itu atau golongan orang itu.
Syarikat/Individu
Syarikat yang menjalankan aktiviti pengilangan

Syarikat yang menjalankan aktiviti pertanian

Sesiapa yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

4. Permohonan Bertulis
Permohonan bertulis hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Kastam dan disalinkan kepada stesen kastam yang mengawal bagi perkara-perkara berikut:-

Berlaku sebarang perpindahan/pertukaran premis kilang/stor untuk mesin/alat.

Permohonan melupuskan kawalan kastam ke atas mesin/alat yang dikecualikan yang telah diimport melebihi 5 tahun.

Permohonan melupuskan (menjual,tukar milik atau eksport semula) mesin/alat yang dikecualikan cukai.
Permohonan menukar stesen import hendaklah dikemukakan kepada Unit Pengecualian Am, Bahagian Import, Jabatan Kastam stesen yang diluluskan pengimportan. investmalaysia@mida.gov.my

5. Syarat-syarat

Semua pertukaran alamat atau tambahan stor/kilang hanya boleh dibuat setelah kebenaran bertulis diperolehi daripada Jabatan Kastam. Syarikat dibenar mengeksport keluaran syarikat melalui pihak ketiga (peniaga) selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Kastam.

Syarikat hendaklah mendapat kelulusan bertulis dari Jabatan Kastam bagi pemindahan, penjualan, pemusnahan dan eksport hampas/lebihan pengilangan, bahan mentah/komponen atau keluaran siap. Bagi jualan di pasaran tempatan, duti/cukai yang terlibat perlu dibayar terlebih dahulu dan bagi kuantiti yang dimusnahkan, duti/cukai yang terlibat akan diremitkan.

Bahan mentah/komponen yang berkenaan tidak boleh dikeluarkan daripada stor dan premis kilang yang diluluskan untuk tujuan sub-kontrak kecuali dengan kelulusan bertulis dari Jabatan Kastam.
Peraturan-peraturan
Pihak syarikat hendaklah menyediakan rekod-rekod berikut:-
Pengimportan/belian tempatan.

Penggunaan bahan mentah/komponen dan hampas pengilangan.

Inventori mesin/alat yang diimport atau dibeli tempatan dengan pengecualian Perbendaharaan, di Lampiran C.

Barang siap yang dikilang dan dipasarkan.
Nota: Rekod-rekod ini hendaklah sentiasa dikemaskini dan disimpan di premis syarikat. Pegawai Kanan Kastam akan memeriksanya dari masa ke semasa.
Menyedia dan mengemukakan pada Cawangan Perindustrian Jabatan Kastam, Penyata 3 bulan (suku tahun) pergerakan bahan mentah dan barang siap mengikut format seperti di Lampiran K selewat-lewatnya pada 30 haribulan, bulan berikutnya. Setiap penyata yang dikemukakan hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang bertauliah atau akauntan syarikat.
Bahan mentah/komponen dan mesin/alat tidak boleh dipindah daripada premis kilang/stor yang telah ditetapkan di dalam surat pengecualian. Kelulusan bertulis untuk memindahkan bahan mentah/ komponen dan mesin/ alat untuk tujuan berikut hendaklah diperolehi daripada Pengarah Kastam Negeri(Cawangan Perindustrian) terlebih dahulu.
Memberi kerja sub-kontrak (dalam Malaysia sahaja) menggunakan format khas.
Menjual atau memusnah hampas pengilangan.
Memusnahkan bahan mentah/ komponen dan barang siap rosak (duti/cukai terlibat boleh dipohon remisi).
Memindahkan mesin/alat untuk tujuan dibaiki atau dihantar kepada sub-kontraktor (dalam Malaysia sahaja).
Pengeksportan barang keluaran siap syarikat melalui pihak ketiga (Lampiran J).
Mengeksport semula bahan mentah/komponen dan hampas pengilangan.
Pihak syarikat hendaklah memaklumkan Jabatan Kastam tentang perkara-perkara berikut:-
Sebarang perpindahan penambahan alamat atau pertukaran premis kilang/stor.
Apa-apa kemalangan/kecurian/kebakaran yang melibatkan rekod-rekod atau barang yang dikecualikan cukai.
Pertukaran nama syarikat. (Hendaklah dimaklumkan kepada Jabatan Kastam dengan mengemukakan Borang 13 daripada Jabatan Pendaftar Syarikat).
Sebarang pertukaran ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat.
Perlantikan Pelikwidasi (Receivership) atau pengambil-alihan syarikat.
Satu ketetapan menggulung syarikat.
Terlibat dalam apa-apa kes tuntutan sivil, muflis, pemberhentian, penutupan perusahaan dan sebagainya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Prosedur KASTAM Malaysia

Reference :  http://customsgc.gov.my/infopage/info/impexpgoods.html

Importing/Exporting Goods

Tempat Import Dan Eksport
Barang-barang boleh diimport atau dieksport melalui jalan darat, udara atau laut tetapi hanya di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Kastam, 1977. Antara tempat-tempat tersebut ialah:- 
Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) 
 LTA Langkawi, Kedah
 LTA Bayan Lepas, Pulau Pinang
 LTA Kuala Lumpur, Sepang
 LTA Senai, Johor
 LTA Kota Kinabalu, Sabah
 LTA Labuan,Sabah
 LTA Kuching, Sarawak
Pelabuhan 
 Kuah, Langkawi
 Teluk Ewa, Langkawi
 Pulau Pinang
 Butterworth
 Lumut, Perak
 Pelabuhan Kelang, Selangor
 Melaka
 Pasir Gudang, Johor
 Tg. Belungkor, Johor
 Kuantan, Pahang
 Tg. Gelang, Pahang
 Kemaman, Terengganu
 Pengkalan Kubor, Kelantan
 Kota Kinabalu, Sabah
 Labuan, Sabah
 Sandakan, Sabah
 Kuching, Sarawak
 Miri, Sarawak
 Sibu, Sarawak
Jalan Raya 
 Padang Besar, Perlis
 Wang Kelian, Perlis
 Bukit Kayu Hitam, Kedah
 Pengkalan Hulu, Perak
 Johor Bahru, Johor
 Gelang Patah, Johor
 Rantau Panjang, Kelantan
 Sindumin, Sabah
 Tebedu, Sarawak
 Sungai Tujuh, Sarawak
 Keretapi 
 Padang Besar, Perlis
 Johor Bahru, Johor
 Tanjung Pagar, Singapura
 Rantau Panjang, Kelantan
Semua barang yang hendak diimport atau dieksport sama ada berduti import/eksport atau tidak, mesti diikrar secara bertulis dalam borang yang ditetapkan. Borang Kastam No. 1 untuk barangan import dan Borang Kastam No. 2 untuk barangan eksport.
Borang pengakuan hendaklah siisi dengan penuh dan lengkap serta memberikan maklumat yang benar berkaitan dengan perihal bilangan dan keterangan bungkusan-bungkusan/peti-peti-peti, keterangan mengenai nilai, berat, ukuran, kuantiti dan jenis barang-barang. Adalah perlu dinyatakan negara asal barang-barang import berkenaan. Begitu juga barang-barang yang dieksport, perlu dinyatakan negara penghantaran yang terakhir. Borang-borang kastam yang telah sempurna hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam di tempat barang-barang itu akan diimport atau dieksport.

Ejen Kastam
Di bawah proviso Akta Kastam 1967 pengimport-pengimport dan pengeksport-pengeskport dibenarkan melantik mana-mana ejen untuk bertindak bagi pihak mereka dengan syarat ejen-ejen berkenaan telah terlebih dahulu memperolehi kelulusan dari Ketua Pengarah Kastam untuk kerja-kerja pelepasan kastam. Permohonan perlantikan ejen-ejen yang sah hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam di tempat barang-barang itu akan diimport atau dieksport. Kelulusan berasingan tidak perlu diperolehi untuk mengendalikan kerja-kerja pelepasan kastam bagi tiap-tiap satu stesen kastam. Misalnya, kelulusan yang diberi untuk mengendalikan kerja-kerja pelepasan kastam di Johor Bahru bermakna kelulusan itu boleh digunakan di semua stesen-stesen kastam di negara ini dengan syarat Pengarah Kastam Negeri dimaklumkan.
Cukai / Duti

Duti-Duti
Semua duti/cukai kastam yang dikenakan atas barang-barang yang diimport hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum barang-barang itu boleh dilepaskan. Semua duti eksport yang dikenakan handaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum barang-barang itu dibenarkan untuk dieksport.
Duti-duti yang dilevikan ke atas mana-mana barang-barang yang diimport ke negara ini adalah terdiri dari:-
Cukai Import
Cukai Jualan
Cukai Import
Kadar-kadar duti import adalah berbeza mengikut jenis barang yang diimport. Kadar duti yang dikenakan bagi tiap-tiap satu jenis barang yang diimport sedia dinyatakan di ruangan (4) dan (5) Jadual Pertama kepada Perintah Duti Kastam 1996. Barang-barang yang diimport sungguhpun tidak dikenakan duti import mungkin dikenakan cukai jualan.

Cukai Jualan
Kadar Cukai Jualan yang dilevi ada dinyatakan dalam Perintah Cukai Jualan 1977. Cukai Jualan mempunyai tiga jenis kadar iaitu: 5%, 10% dan 15% yang dilevikan ke atas semua barang yang diimport selain daripada barang-barang yang tersenarai dalam Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 yang dikecualikan daripada bayaran cukai jualan. Golongan barang yang dikenakan cukai jualan sebanyak 15% adalah terdiri dari:-
Beer, wine and other wine.
Liquor yang memabukkan yang dikelaskan di bawah No. Kepala 2205.10 100 hingga 2208.90 990
Cigars, cheroots, cigarllos and cigarettes of tobacco or of tobacco subsitutes, beedies and other products yang dikelaskan di bawah No. Kepala 2402.10 000 hingga 2402.90 200 kepada Perintah Duti Kastam 1996.
Selain dari barang-barang yang tersenarai di atas (i), (ii) dan (iii) dan dari golongan yang dikecualikan di bawah Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980, cukai jualan yang dikenakan adalah sebanyak 5% atau 10%.
Bagi barang-barang yang diimport, cukai jualan adalah dikira dan ditaksir:
  1. atas nilai barang-barang yang diimport serta; dan
  2. atas jumlah duti kastam yang terlibat

Cukai Eksport
Ruangan (5) Jadual Pertama kepada Perintah Duti Kastam 1996 menunjukkan kadar duti eksport yang dikenakan ke atas sesuatu jenis barang yang dieksport.
Perkataan "Nil" yang tercatat di ruang (4) dan (5) Jadual Pertama kepada Perintah Duti Kastam 1996 bererti tidak ada sebarang duti import atau duti eksport yang dikenakan ke atas barang-barang yang diimport atau dieksport.

Kadar Duti CEPT
Berdasarkan kepada Agreement On The Common Effective Preferential Tariff (CEPT) Scheme for The Asean Free Trade Area (AFTA), satu skim Tariff Keutamaan Sama Rata (CEPT) telah diwujudkan bagi negara-negara Asean. Ekoran dari persetujuan tersebut satu perintah CEPT yang dinamakan Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) 1995 telah dikeluarkan yang mula berkuatkuasa pada 1.1.1995.
Dalam Perintah CEPT, ruang (2) Jadual Kedua adalah senarai barang-barang yang ditawarkan di bawah Skim CEPT. Duti CEPT yang ditetapkan seperti di ruang (3) dalam Jadual yang sama.
Pengimport-pengimport yang mengimport barang dari negara-negara ASEAN layak membayar kadar duti CEPT sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi:-
  1. "Tuntutan ke atas Duti ASEAN CEPT" hendaklah diendoskan dalam Borang Ikrar Import (Borang Kastam No. 1)
  2. Mengemukakan Sijil Tempasal (FORM D) yang dikeluarkan oleh negara-negara pengeksport ASEAN.
  1. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998 – P.U. (A) 210/98
    1. Pengimportan semua barang yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama yang berasal dari negeri-negeri yang ditunjukkan dalam ruang (3) Jadual tersebut adalah dilarang dengan mutlaknya.
    2. Pengimportan ke negara ini bagi semua barang yang dinyatakan dalam ruang (2) dan (3) Jadual Kedua yang berasal dari negeri-negeri yang ditunjukkan dalam ruang (4) Jadual tersebut, adalah dilarang, kecuali di bawaH DAN menurut suatu Lesen Import yang diberi oleh Ketua Pengarah Kastam atau Pegawai Kastam yang berhak yang dilantik oleh Ketua Pengarah Kastam untuk bertindak bagi pihaknya di Kementerian, Jabatan atau Badan Berkanun yang disebut dalam ruang (5) Jadual tersebut dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu. Peruntukkan di bawah Jadual Kedua ini tidak terpakai bagi zon perdagangan bebas di Mukim Kapar, Kelang, Selangor. Walaubagaimanapun pengimportan dari zon bebas berkenaan di Kawasan Utama Kastam, Labuan dan Langkawi, barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua memerlukan lesen import.
    3. Pengimportan ke negara ini bagi semua barang yang dinyatakan dalam ruang (2) dan (3) Jadual Ketiga yang berasal dari negeri-negeri yang ditunjukkan dalam ruang (4) Jadual tersebut adalah dilarang, kecuali di bawah dan menurut suatu lesen import yang diberioleh Ketua Pengarah Kastam atau Pegawai Kastam yang hak yang dilantik oleh Ketua Pengarah Kastam untuk bertindak bagi pihaknya di Kementerian, Jabatan atau Badan Berkanun yang disebut dalam ruang (5) Jadual tersebut, dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu. Peruntukan di bawah Jadual 3 tidak terpakai bagi Labuan, Langkawi dan Zon perdagangan bebas di Mukim Kapar, Daerah Kelang, Selangor. Walaubagaimanapun, pengimport dari Labuan, Langkawi dan Zon Perdagangan bebas tersebut ke Kawasan Utama Kastam barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga memerlukan Lesen Import..
    4. Pengimportan ke negara ini bagi semua barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (2) dan (3) Jadual Keempat yang berasal dari negeri-negeri yang ditunjukkan dalam ruang (4) Jadual tersebut adalah dilarang kecuali dengan cara sebagaimana yang diperuntukkan dalam ruang (5) Jadual tersebut..
    5. Perintah ini tidaklah terpakai bagi:-
    1. Barang-barang yang diimport oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri;
    2. Barang-barang, selain daripada barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, yang diimport terus oleh Angkatan Tentera Komenwel;
    3. Kenderaan-kenderaan bermotor yang dibenarkan masuk ke Negeri-Negeri Tanah Melayu di bawah Ordinan Lalu Lintas Jalan 1958;
    4. Kenderaan-kenderaan bermotor yang dibenarkan masuk ke Sabah di bawah Ordinan Kereta-Kereta Jalan 1963;
    5. Kenderaan-kenderaan bermotor yang dibenarkan masuk ke Sarawak di bawah Ordinan Lalu Lintas Jalan 1960;
    6. Kenderaan-kenderaan bermotor yang dilesenkan dengan sempurnanya di Brunei dan dibenarkan penggunaannya di Sarawak di bawah undang-undang lalulintas jalan atau kereta-kereta yang terpakai;
    7. Kenderaan-kenderaan bermotor yang masuk ke Persekutuan di bawah suatu Permit Pekeliling Antarabangsa sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang lalulintas jalan atau kereta-kereta yang terpakai;
    8. Kenderaan-kenderaan bermotor yang dimasuk ke Persekutuan dan dipandu atau digunakan oleh pelancomg-pelancong bona fide;
    9. Barang-barang yang dimuatkan sebagai barang-barang stor biasa kapal terbang atau kapal sebagaimana yang diluluskan oleh pegawai kastam yang berhak;
    10. Barang-barang dalam perjalanan selain daripada barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Perintah ini.
  2. Perintah Kastan (Larangan Mengenai Eksport) 1998 – P.U. (A) 211/98
    1. Pengeksportan barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Perintah ini adalah dilaran gdengan mutlaknya.
    2. Pengeksportan barang-barang yang diperihalkan dalam Jadual Kedua Perintah ini adalah dilarang, kecuali di bawah dan menurut suatu Lesen Eksport.
    3. Pengeksportan barang-barang yang diperihalkan dalam Jadual Ketiga kepada Perintah ini adalah dilarang kecuali dengan cara sebagaimana yang diperuntukan dalam ruang (4) Jadual tersebut.
    4. Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua dan Jadual Ketiga kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988 ini tidak boleh dipakai bagi:
    1. Barang-barang yang dieksport oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri;
    2. Barang-barang yang dimuat sebagai barang-barang stor biasa kapalterbang atau kapal laut sebagaimana yang diluluskan oleh seseorang Pegawai Kastam yang hak;
    3. Barang-barang persendirian atau barang-barang rumah pelancongan bona fide kecuali item 8 Jadual Kedua;
    4. Contoh-contoh perdagangan bona fide bagi barang-barang yang diterima sebagai demikian oleh seseorang Pegawai Kastam yang hak;
    5. Barang-barang transit, selain daripada barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Perintah ini;
    6. Barang-barang yang dieksport untuk diperbaiki, diselaras atau diganti yang akan dikembalikan ke Persekutuan;
    7. Hadiah-hadiah yang tidak diminta yang mengandungi tekstil melalui makanan yang dieksport melalui bungkusan pos, yang nilainya tidak melebihi RM200.00 bagi setiap bungkusan;
    8. Barang-barang yang dieksport untuk pameran atau ujian;
    9. Barang-barang yang dieksport dari zon perdagangan bebas.

Permohonan Lesen Import/Eksport
Lesen Import/Eksport adalah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Pemohon-pemohon boleh mengemukakan permohonan mereka kepada kepada:
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Bahagian Sokongan Perdagangan
Blok 10, Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur
Tel: 6201 0022 / 33 / 44
Faks: 6201 0827
Permohonan lesen import hendaklah dikemukakan dalam borang J.K. 69. Tiada borang khas yang dikehendaki bagi lesen eksport. Bagaimanapun pengeksport dikehendaki memenuhi dengan lengkap Borang Kastam No. 2 dan mengemukakannya kepada pihak yang berkenaan. Jika permohonan diluluskan, Borang Kastam No. 2 yang dikemukakan akan diendos oleh pihak berkuasa.

Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 mengecualikan beberapa orang/ organisasi daripada pembayaran duti kastam dan cukai jualan atas barang-barang tertentu yang diimport oleh mereka tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Kuasa Mengecualikan Duti Kastam Dan Cukai Jualan
Seksyang 14 kepada Akta Kastam 1967 dan Seksyen 10 Akta Cukai Jualan memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk mengecualikan orang-orang/ organisasi-organisasi yang spesifik atau berang-barang tertentu daripada dikenakan bayaran duti kastam dan cukai jualan.

Bagi maksud menentukan duti kastam yang dikena bayar mengikut asas atas nilainya, barang-barang yang diimport atau dieksport akan ditaksir mengikut takrif nilai di bawah Seksyen 2 kepada Akta Kastam 1967.
Secara ringkas yang tersebut dalam takrif ini ialah harga jualan barang-barang berkenaan secara terbuka di pasaran bebas oleh penjual kepada pembeli yang tiada ikatan perniagaan dengannya. Sekiranya penjual menjual atau menawar untuk menjual barang-barang kepada pembeli bebas, harga jualan itu akan diterima sebagai harga pasaran bebas.
Sebaliknya jika penjual tidak menjual barang-barangnya di pasaran di pasaran bebas, tetapi menghadkan jualan kepada ejen-ejen, pengedar-pengedar tunggal atau syarikat-syarikat bersekutu maka jualan ini tidak boleh diteima dengan sah sebagai harga pasaran bebas dan terpaksa diubahsuai selaras dengan takrif nilai berkenaan.
Harga-harga yang diubahsuaikan (ataupun penaikan harga) akan mengambil kira hubungan antara penjual dan pembeli dan juga syarat-syarat dan peraturan-peraturan penjualannya.
Kuasa untuk menilai ataupun menaksir barang-barang diperuntukkan di bawah Seksyen 13 kepada Akta Kastam 1967.
Semua pertanyaan mengenai penilaian dan penaksiran barang-barang atau perihal pengubahsuaian harga-harga (penaikan harga) atas barang-barang yang diimport oleh ejen-ejen, pengedar-pengedar tunggal atau syarikat-syarikat bersekutu hendaklah diarahkan kepada:-
Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Teknik(Cawangan Pengurusan Penilaian)
Aras 6, Blok 2G1B,
Komplek Kementerian Kewangan,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
Tel.: (603) 8882 2255
Faks: (603) 8889 5905

Semua barang yang diimport dan dieksport dari negara ini semestinya diperjeniskan dengan tepat berdasarkan kepada nombor-nombor kepada tarif kastam Malaysia yang sedia dirunjukkan dalam Perintah Duti Kastam 1996.
Semua pertanyaan mengenai penjenisan barang-barang yang diimport atau dieksport seharusnya diarahkan kepada stesen kastam melalui mana barang-barang berkenaan akan diimport atau dieksport, dengan menggunakan contoh (jika boleh) dan risalah-risalah yang berkaitan. Butir-butir berikut haruslah juga dipenuhi:-
Nama Barangan
Jenama
Nama Perdagangan (jika ada)
Negeri Tempasal
Komposisi (jika berkenaan)
Jenis bungkusan ketika diimport (jika berkenaan); dan
Kegunaan
Sekiranya sesuatu pertelingkahan pendapat antara pihak kastam dan pengimport/pengeksport berlaku berhubung dengan penjenisan yang tepat bagi barang-barang yang diimport/eksport, perkara tersebut akan dirujukkan oleh stesen kastam yang berkenaan kepada:-
            Pengarah
            Bahagian Perkhidmatan Teknik(Cawangan Pengurusan Penilaian)
            Aras 6, Blok 2G1B,
            Komplek Kementerian Kewangan,
            Presint 2,
            Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
            62502 Putrajaya.
            Tel.: (603) 8882 2255
            Faks: (603) 8889 5905

untuk mendapat fatwa muktamad.
Di bawah Seksyen 22 Akta Kastam 1967, persoalan bagi barang-barang penjenisan akan diputuskan oleh Ketua Pengarah kastam.
Pengimport-pengimport, pengeksport-pengeksport dan ejen-ejen penghantaran adalah dinasihatkan supaya membeli Explanatory Notes To The Nomenclature (4 jilid) dan Index To The Nomenclature And The Explanatory Notes (2 jilid) daripada:
World Customs Organisation
40 Rue Washington
B-1050 Brussels
Nota-nota ini akan membantu mereka dalam memperjeniskan barang-barang kerana nota-nota tersebut tidak terkandung dalam perintah Duti Kastam 1996.

Seksyen 16 Akta Kastam 1967 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam mentimbangkan permohonan pulangbalik apa-apa wang yang terlebih bayar sebagai duti kastam atau bayaran sewa gudang atau bayaran-bayaran lain yang dikenakan di bawah Akta tersebut sekiranya tuntutan mengenainya dibuat secara bertulis dalam tempoh masa satu tahun berlakunya pembayaran wang yang berlebihan itu.
Seksyen 18 Akta Kastam 1967 menetapkan bahawa setelah barang-barang dilepaskan daripada kawalan kastam, tiada pengurangan duti kastam boleh dibenarkan atas barang-barang berkenaan oleh kerana kerosakan atau kerana sesuatu tuntutan bahawa beratnya, sukatannya, isipadunya atau nilainya sebagaimana yang diputuskan oleh pegawai yang yang hak bagi maksud menentukan duti kastam atas barang-barang itu, adalah tidak betul melainkan jika notis secara bertulis mengenai tuntutan itu telah diberi pada masa atau sebelum barang-barang itu dilepaskan dari kawalan kastam. Setelah mana-mana barang-barang dilepaskan daripada kawalan kastam tiada apa-apa pengurangan duti eksport boleh dibenarkan atas mana-mana barang-barang disebabkan kerosakan, kecurian atau kehilangan.
Seksyen 93 kepada Akta Kastam 1967 membenarkan ambilanbalik sebanyak 90% daripada duti kastam yang telah dibayar atas barang-barang yang telah diimport tetapi dieksport semula tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Di bawah peruntukkan Seksyen 99 Akta Kastam 1967 barang-barang yang diisytiharkan menjadi barang-barang mengenainya pulangan cukai boleh dibenarkan, jika barang-barang itu dieksport dari Persekutuan sebagai sebahagian atau ramuan bagi barang-baang yang dikilang dalam Persekutuan dan duti kastam telah dibayar atas barang-barang itu dan barang-barang yang berkenaan dieksport, maka Ketua Pengarah Kastam boleh membenarkan tuntutan ambilanbalik duti yang telah dibayar mengikut kadar yang ditetapkan. Di bawah peraturan yang diamalkan sekarang tuntutan ambilanbalik sebanyak 100% atas duti kastam yang telah dibayar adalah dibenarkan.
Pekilang-pekilang yang ingin menikmati kemudahan ini hendaklah terlebih dahulu memperolehi kelulusan dari Jabatan Kastam. Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri yang berkenaan.
Di bawah peruntukkan Seksyen 92A Akta Kastam 1967, takrif eksport semula yang dipakai di bawah Seksyen 93, 94 dan 99 Akta Kastam 1967, adalah termasuk pergerakan barang-barang ke gudang-gudang berlesen yang dilesenkan di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 dan kedai bebas cukai yang dilesenkan di bawah Seksyen 65D Akta yang sama.
Ketua Pengarah Kastam boleh meremit kesemua atau sebahagian duti kastam oleh kerana kemalangan yang tidak dapat dielakkan sekiranya barang-barang yang berkenaan itu hilang, rosak atau musnah pada bila-bila masa selepas ketibaan di Persekutuan dan sebelum pelepasan dari kawalan kastam.
Pada lazimnya, barang-barang yang disimpan dalam gudang berlesen didapati kurang tanpa keterangan-keterangan yang munasabah, pelesen gudang boleh dianggap telah memindahkannya tanpa sebarang kebenaran dan dipertanggung jawabkan membayar duti kastam atas barang-barang yang didapati kurang itu. Walaubagaimanapun Ketua Pengarah Kastam boleh meremitkan kesemua atau sebahagian duti kastam atas barang-barang yang didapati kurang jika ia berpuas hati bahawa kekurangan itu disebabkan oleh kebocoran, pecahan atau kemalangan lain yang tidak dapat dielakkan.

Pengimportan Sementara
Seksyen 97 kepada Akta Kastam 1967 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam membenarkan barang-barang diimport sementara tanpa pembayaran duti kastam dengan syarat cagaran bernilai tidak kurang daripada duti kastam yang terlibat atas barang-barang itu dikemukakan atau dengan ikatan jaminan sebagaimana yang diluluskan oleh pegawai kastam yang tertentu. Hanya surat-surat jaminan yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan boleh diterima sebagai cagaran.
Kemudahan import sementara tanpa duti juga diberi secara khas; melalui butiran-butiran 21, 21A, 52, 58, 65, 67, 114, 118 dan 119 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, manakala cukai jualan pula diberi di bawah butiran-butiran 21, 29, 56, 62, 71, 73, 82, 94, 95 dan 96 Jadual B Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980.
Pengimportan sementara mesin-mesin/ alat-alat untuk tujuan melaksanakan projek hanya diberi kepada syarikat-syarikat tempatan atau syarikat-syarikat kongsi/ kerjasama yang mempunyai pegangan saham tempatan terbanyak sekurang-kurangnya 51% (joint venture companies with majority (at least 51%) local shareholders), yang melaksanakan projek-projek kerajaan sahaja dengan syarat:-
  1. Penawaran tender dan perjanjian kontrak dibuat berasaskan harga tidak termasuk cukai ke atas mesin/ peralatan/ jentera berkenaan.
  2. Mesin-mesin/ peralatan-peralatan/ jentera yang akan diimport itu hendaklah merupakan mesin/ peralatan/ jentera yang tertentu sahaja dan kegunaannya adalah bagi satu-satu kerja khusus dan specialised yang menjadi sebahagian daripada satu-satu kontrak projek keseluruhannya (specific and specialised job within the total project contract);
  3. Mesin/ peralatan/ jentera yang akan diimport itu telah disahkan oleh pihak yang mengeluarkan kontrak berkenaan bahawa hanya diperlukan bagi tempoh tidak lebih daripada tiga bulan sahaja;
  4. Pihak Jabatan/ Badan Berkanun atau Syarikat Kerajaan yang mengeluarkan kontrak berkenaan telah mengesahkan bahawa mesin/ peralatan/ jentera tertentu itu tidak terdapat di mana-mana tempat di negara ini.
Permohonan-permohonan import sementara hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pengarah Kastam Negeri di mana dagangan diimport untuk kelulusan. Kelulusan diberi bagi tempoh tiga bulan dan permohonan lanjutan tempoh tidak akan dipertimbangkan kecuali dalam tempoh tertentu. Permohonan lanjutan perlu dikemukakan kepada pihak yang meluluskan permohonan pengimportan sementara tersebut.
Pengimportan barang-barang kemas untuk tujuan pameran dibenarkan mendapat kemudahan import sementara, dengan syarat pameran itu dibuat di dalam kawasan "bonded".

Van Berkunci
Kenderaan van berkunci boleh diluluskan oleh Jabatan ini bagi mengangkut barang-barang berduti tanpa membayar duti terlebih dahulu. Van-van berkunci boleh digunakan bagi tujuan seperti berikut:-
  1. Mengangkut barang-barang berduti dari tempat import ke gudang-gudang berlesen, ke kilang-kilang dalam Zon Perdagangan Bebas atau ke Gudang Kilang Berlesen dalam negara ini;
  2. Mengangkut barang-barang berduti dari Gudang Berlesen yang lain dari Zon Perdagangan Bebas yang lain atau dari Gudang Kilang Berlesen yang lain;
  3. Mengangkut barang-barang berduti dari Gudang Berlesen, Gudang Kilang Berlesen atau kilang melalui Zon Perdagangan Bebas ke tempat eksport dalam negara ini.
Permohonan-permohonan untuk mendapat kelulusan van berkunci hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam yang berkenaan.

Waktu-waktu biasa pejabat-pejabat dan gudang-gudang kastam dibuka kepada awam untuk urusan adalah seperti ditunjukkan di Bahagian II kepada Peraturan Kastam 1977. Waktu kerja biasa boleh dilanjutkan tetapi tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Bahagian II Peraturan 4 kepada Peraturan Kastam 1977.

Perundangan
Buku-buku perundangan dan peraturan seperti yang dinyatakan di bawah ini:-
Akta Kastam 1967
Akta Cukai Jualan 1972
Peraturan-Peraturan Kastam 1977
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1998
Perintah Duti Kastam 1996
Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) 1995

boleh diperolehi dari Percetakan Nasional Malaysia Berhad., Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur atau penjual-penjual buku yang bertaulih.


No comments:

Post a Comment