Wednesday, June 18, 2014

Fasa J : Memasarkan Barangan

Index Fasa
Fasa A : Pengenalan serta Persediaan Bakal Usahawan  (Done)
Fasa B : Kenalpasti Jenis Perniagaan dan Dimana? (Done)
Fasa C : Modal serta Rancangan Perniagaan (Done)
Fasa D : Penyediaan Sistem Jaringan Perniagaan "Networking' (Done)
Fasa E : Penyediaan Sistem "Logistic" (Done)
Fasa F : Permulaan Berhubung Dengan Pembekal atau Pengilang (Done)
Fasa G : Cara Negosiasi yang Efektif dengan Pembekal serta Pengilang (Done)
Fasa H : Membuat keputusan untuk membeli (Done)
Fasa I  : Membawa masuk Barangan ke Malaysia (Done)
Fasa J :  Memasarkan Barangan (done)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fasa J :  Memasarkan Barangan


Setelah kita berjaya membawa masuk barangan untuk didagangkan ke Malaysia, langkah seterusnya adalah untuk memasarkan barangan tersebut ke pasaran Malaysia. Untuk itu kita perlu memahami beberapa perkara asas tentang pasaran, barangan serta kaedah yang boleh digunakan untuk pemasaran barangan tersebut.

Tujuan Pemasaran adalah untuk: 

1.Menciptakan kesadaran  di dalam segmen target pasar
2.Menstimulasi kepentingan Produk
3.Memudahkan pertimbangan pembelian produk oleh pengguna
4.Memmberi pilihan pembelian kepada pengguna

5.Memperkuat kesetiaan pengguna

Definisi perniagaan anda


Langkah utama yang perlu kita tahu atau kenalpasti adalah apakah jenis atau model perniagaan anda. samada kita akan bertindak sebagai pemborong ataupun sebagai peruncit yang menjual terus kepada pelanggan/pengguna. Apabila kita telah dapat mendefinisikan model atau jenis perniagaan kita, barulah kita dapat membuat keputudsan bagaimanakah cara ataupun kaedah pemasaran yang boleh kita gunakan.  


Campuran Pemasaran (Marketing Mix)

Sebelum kita pergi keperingkat seterusnya, adalah baik untuk kita tahu apakah campuran pemasaran.


Tujuan campuran pemasaran adalah untuk memudahkan kita para usahawan untuk tahu bagimanakan cara yang baik bagi kita meletakkan harga pasaran serta memasarkan barangan kita nanti. Campuran pemasaran terdiri daripada empat elemen yang utama, iaitu Barangan (Products), Harga (Price), Distribusi (Place), dan Promosi (Promotion). Jika kita lihat pada carta diatas, kita dapat tahu apakah yang dikatakan elemen-elemen tersebut dan juga bagaimanakah ianya berfungsi. Apa yang setiap usahawan perlu tahu adalah bagaimana elemen-elemen tersebut dapat membantu mereka dalam menentukan cara untuk meletapkan harga serta memasarkan barangan mereka. Apabila kita telah mengetahui produk yang kita ada untuk dijual, kita perlu tahu bagaimana untuk menetapkan harga barangan tersebut dengan mengambilkira kos-kos yang terlibat secara terus di dalam proses membawa masuk barangan tersebut ke Malaysia (Pengangkutan & Duti Eksais). Seterusnya setelah menetapkan harga pasaran bagi barangan tersebut, kita perlu tahu di mana untuk memasarkannya dengan mengenalpasti lokasi untuk di jual atau dipasarkan. Untuk itu, kita perlu menyusunatur saluran pemasaran agar barangan kita sampai kepada pembeli atau pengguna akhir. Untuk memberi informasi bahawa kita ada menawarkan barangan tersebut serta apa yang bagus tentang produk yang kita ada, para usahawan perlu tahu bagaimana untuk mempromosikan barangan mereka melalui pelbagai kaedah serta taktik pemasaran.  

Permintaan & Tawaran

Untuk mengetahui tentang permintaan terhadap sesuatu produk, kita boleh merujuk kepada data sekunder iaitu kajian-kajian pasaran yang telah ada oleh para pengkaji pasaran samada di internet ataupun di majalah-majalah pengguna serta perniagaan. Selain itu, kita juga boleh juga menjalankan kutipan pendapat tentang barangan yang kita mahu pasarkan dengan cara mempromosikannya di dalam internet/media sosial seperti Facebook google dan lain-lain lagi. dari itu apabila kita dapat mengagak sambutan bagi barangan yang kita bakal pasarkan, kita dapat membuat satu kesimpulan tentang sebanyak mana kah yang perlu kita bawa masuk bagi menawarkan barangan tersebut ke dalam pasaran yang kita tahu akan mendapat sambutan tersebut.   

Jika kita tahu bahawa telah ada baranagn yang telah ditawarkan di dalam pasaran tersebut, tetapi penawaran bagi barangan tersebut adalah terhad, maka kita boleh mengambil peluang untuk menguasai sebahagian daripada share pasaran tersebut. Contohnya terdapat permintaan yang agak tinggi bagi produk berasaskan bilik tidur seperti "Cadar Quilt Cotton" di kawasan yang kita ketahui tetapi penawaran bagi produk tersebut adalah tidak mencukupi. maka setalah kita ada maklumat tersebut, kita boleh mengambil peluang untuk menawarkan produk "Quilt " tersebut kepasaran. Maka dengan itu kita telah memecahkan pasaran tersebut dan mengambil share pasaran daripada beberapa pembekal. 
Kaedah Memasarkan Produk

Pemborong

-Online(FB/Blog/Twiter/Google Plus/)


Cara yang paling mudah untuk memasarkan barangan serta mungkin percuma adalah secara "online" di internet serta media sosial. Usahawan cuma perlu menyediakan tapak ataupun satu akaun Facebook contohnya untuk dijadikan asas membuat "Products Awareness" kepada masyarakat media sosial. Seterusnya usahawan hanya perlu membuat makluman-makluman terbaru tentang produk mereka bagi memberi informasi kepada bakal pengguna supaya lebih mempercayai prodk tersebut.

-Pembekalan/ejen


Selain itu, usahawan boleh juga memilih untuk menyusun ejen-ejen jualan bagi produk mereka serta menjadi pembekal kepada mereka. Cara ini akan menjimatkan masa serta kos usahawan yang bertindak sebagai pemborong. Ejen boleh terdiri daripada mereka yang menjalankan perniagaan secara terus kepada pelanggan ataupun peruncit. Ia bergantung kepada usahawan untuk memilih. 

-MLM

"Multi Level Marketing" boleh digunakan oleh usahawan untuk memasarkan produk mereka kepada umum. Cara ini boleh dipertimgbangkan jika usahawan ingin membuat satu jalinan operasi perniagaan dengan peniaga-peniaga tempatan disamping membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan. Tetapi cara ini perlu dilakukan dengan amat teliti serta pemantauan yang kerap harus dilakukan agar ianya berjalan dengan lancar serta tidak terbantut.

-KUTU

Permainan KUTU atupun "KUT" pada masa kini boleh digunakan oleh usahawan untuk memasarkan barangan mereka. Seperti yang kita tahu, permainan ini berkonsepkan bantu-membantu secara menyumbangkan wang di dalam kumpulan yang kecil ataupun besar untuk di berikan kepada peserta mengikut giliran pada setiap bulan untuk mereka guna bagi membeli ataupun membayar keperluan mereka. kadang kala, usahawan yang kreatif akan menggunakan kaedah ini untuk menjual barangan mereka dengan menggantikan wang yang dikumpul dengan produk-produk yang di pilih oleh peserta KUTU tersebut. Contohnya pinggan KOREL dan lain-lain. Apa yang usahawan perlu lakukan adalah untuk mengurus serta mentadbir permainan tersebut serta menawarkan baranagn mereka sebagai pembayaran KUTU kepada peserta pada setiap bulan. Ianya juga boleh dibuat secara online tetapi perlu ada pemantauan dengan teliti oleh pihak usahawan.    

Peruncit

-Online(FB/Blog/Twiter/Google Plus/)

Bagi peruncit pula, selain mempunyai premis bagi memperagakan barangan mereka, penjualan secara online juga dapat mempelbagaikan kaedah penjualan barangan mereka.

-Terus

Secara konvensionalnya, peruncit perlu mempunyai kedai untuk menjual barangan mereka. Tetapi ada sesetengah memilih untuk menjual barangan mereka secara terus kepada pelanggan secara sepenuh masa ataupun secara separuh masa. kadangkala cara ini lebih berkesan kerana ia mempunyai "Human Touch" ataupun skil kemanusiaan yang membuat pembeli lebih selesa untuk membeli barangan tersebut. 

Pengiklanan

Kaedah pengiklanan yang dipilih perlulah berkesan serta pemilihan tersebut mestilah mengambil kira elemen-elemen pemasaran yang kita bincangkan diatas. Pengiklanan yang sampai kepada tujuan pasaran akan membantu pelanggan membuat keputusan untuk membeli barangan yang usahawan tawarkan. Terdapat pelbagai cara untuk mengiklankan produk yang kita tawarkan. Contohnya di media masa (Surat Khabar/Majalah/Radio/ Televisyen) ataupun media alternative iaitu secara "Online". Ada yang percuma dan ada yang melibatkan sedikit kos. Jadi, para usahawan perlu membuat pilihan yang bijak. Membelanjakan sedikit wang untuk pengiklanan mungkin membuatkan produk anda lebih mendapat sambutan atupun sebaliknya. 

10 Strategi Pemasaran secara "Online" yang Percuma 





Tips pemasaran SEO

  1. Jangan menggunakan menu-menu Javascript dan image link. Mesin pencari tidak membaca Javascript, jadi gunakanlah HTML yang medium untuk site anda.
  2. Masukan pengisian berkualiti. Blog anda harus ditulis dengan baik termasuk link dan informasi berkualiti. Pengisian yang ditulis dengan baik akan memberikan hasil pada traffic.
  3. Jangan berlebihan menggunakan kata kunci. Menggunakan kata kunci berlebihan tak akan menghasilkan traffic. Gunakan kata kunci unik yang fokus pada tittle tag dan hanya gunakan kata kunci dalam teks dengan sewajarnya.
  4. Blog Tetamu. Cari laman lain yang sama jenis dengan laman anda. Tanya pada pemilik laman apakah anda boleh menulis di lamannya sebagai guest post dan memberikan back link ke laman anda.
  5. Pengisian mestilah yang terkini. Laman anda memmerlukan blog meskipun anda hanya menjual vacuum cleaner. Mesin pencari akan mencari pengisian baru sehingga anda perlu lebih kerap memperbarui pengisian blog anda.

Tips pemasaran pelanggan

  1. Adakan Pertandingan atau Kuiz. Jika anda boleh menawarkan hadiah kepada pengguna, anda boleh mengadakannya untuk meningkatkan traffic dan visibility laman anda.
  2. Sediakan Hadiah. Berikan produk anda sebagai hadiah undian bagi pengunjung laman. Dengan begitu anda sedang membangun brand recognition dan memancing pelanggan untuk membeli produk anda.
  3. Personalisasi email. Blog pemasaran online TopRank menyarankan personalisasi komunikasi untuk menjaga para pelanggan tetap tertarik. Amati bagaimana sikap pelanggan dan buat profil berdasarkan pengamatan tersebut. Setelah Anda selesai melakukannya, Anda boleh mula mengirimkan email yang didedikasikan khusus untuk pelanggan tersebut.
  4. Jejaring sosial. Cipta akaun di berbagai jaringan sosial seperti Twitter, LinkedIn, Google+, dan Facebook untuk berkomunikasi dengan para pelanggan, menciptakan brand recognition, dan menjawab pertanyaan pelanggan dengan cepat.
  5. Buat brand advocates. Salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda adalah dengan pemasaran word of mouth. Jika pelanggan anda mengatakan hal yang baik tentang perniagaan anda, maka cara tersebut dapat menarik kenalan-kenalan dan keluarga mereka untuk membeli produk atau layari perniagaan anda. Adalah amat penting untuk mengenalpasti pelanggan terbaik anda dan meminta mereka memberikan testimoni tertulis dan video.



No comments:

Post a Comment